Our website is made possible by displaying non-intrusive online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling or pausing your ad blocker.
Di KL bersama YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Kedah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Widad Business Group (WBG) dan Bin Zayed Group (BZG), syarikat konglomerat berpengkalan di Abu Dhabi untuk projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi.
Nilai anggaran pembangunan kasar (GDV) projek adalah RM40 bilion membangunkan tanah seluas 1,979 ekar. Pembangunan projek ini dijangka dapat menjana 15,000 peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada 1,000 usahawan tempatan.
Demi memastikan projek ini berjalan dengan lancar, MIDA akan bantu memudahcara kemasukan kakitangan dari Bin Zayed Group untuk memasuki Malaysia melalui One-Stop-Centre (OSC) dan Business Travellers’ Center (BTC) yang baru dilancarkan pada minggu lalu.