Genting Malaysia nafi terbabit bincang kasino di Forest City

BeritaHarian Sun, Apr 28, 2024 12:23am - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Dalam satu kenyataan, ia berkata syarikat itu mahu pun Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Tan Sri Lim Kok Thay tidak terbabit dalam perbincangan atau mesyuarat berkaitan pembukaan kasino itu.

"Tuduhan itu tidak benar," katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan media yang turut mengandungi dakwaan bahawa syarikat berkenaan serta Kok Thay telah menyertai perbincangan berkaitan.

Sehubungan itu, Genting Malaysia menggesa semua pihak agar menghentikan penyiaran atau penerbitan serta penyebaran maklumat salah, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberi penjelasan sewajarnya kepada orang ramai bagi mengelak kekeliruan selanjutnya.

Syarikat itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut yang dianggap wajar untuk melindungi kepentingan dan pihak berkepentingan. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

GENM 2.730

Comments

Login to comment.