Gadang dapat kontrak bina Pusat Data Lembah Klang di Cyberjaya

BeritaHarian Fri, Apr 26, 2024 10:19pm - 2 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Gadang Holdings Bhd, Gadang Engineering (M) Sdn Bhd (GESB) menerima surat anugerah daripada TM Technology Services Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membangunkan Pusat Data Lembah Klang di Cyberjaya, Selangor bernilai RM280 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gadang berkata kontrak itu adalah untuk tempoh dua tahun dan bermula dari 24 April 2024 hingga 23 April 2026.

Kontrak itu tidak dijangka mempunyai kesan material serta-merta ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 2024.

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Gadang dan anak-anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 dan seterusnya, sepanjang tempoh kontrak.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.930
GADANG 0.415

Comments

Login to comment.