Heitech Padu kembali catat untung, prestasi meningkat

BeritaHarian Thu, Apr 25, 2024 10:54am - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan peningkatan prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Kumpulan melaporkan keuntungan RM7.2 juta untuk tahun kewangan 2023 berbanding dengan kerugian sebanyak RM10 juta yang dicatatkan pada 2022.

Pendapatan sebelum faedah, rosot nilai, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) HeiTech untuk tahun kewangan 2023 ialah RM28.2 juta.

Pemulihan sebanyak RM17.2 juta berbanding 2022 itu adalah disebabkan oleh peningkatan margin keuntungan berpunca daripada langkah pengurusan kos dan kejayaan kumpulan dalam mendapatkan kontrak baharu dalam kedua-dua sektor awam dan swasta di tengah-tengah persaingan yang lebih sengit dan ketidaktentuan ekonomi dalam

negara.

Kontrak berkenaan termasuk yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kesihatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan lanjutan kontrak Jabatan Imigresen Malaysia.

Salmi Nadia Mohd Hilmey
Salmi Nadia Mohd Hilmey

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HeiTech Padu, Salmi Nadia Mohd Hilmey, berkata kejayaan syarikat itu baru-baru ini menunjukkan komitmen HeiTech untuk menyediakan nilai tambah

penyelesaian dan perkhidmatan kepada pelanggan, menyasarkan pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh.

"Sejak 30 tahun lalu, kemampuan dan rekod prestasi HeiTech yang kukuh dalam membangun dan menguruskan penyelesaian teknologi dan projek kritikal untuk pelanggan dalam sektor awam dan swasta, telah menyaksikan kami berkembang semakin kukuh.

"HeiTech sentiasa fokus untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan. Rekod prestasi kami selama ini telah membuktikannya.

"Kami percaya bahawa keupayaan untuk berkhidmat secara konsisten adalah sebab utama kejayaan HeiTech dalam

mendapatkan kontrak kerajaan berprofil tinggi berdasarkan merit merentas kerajaan yang berbeza pentadbiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak penubuhannya, HeiTech telah menonjolkan dirinya sebagai pemain terkemuka dalam industri teknologi maklumat (IT) negara dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi teknologi serta kemajuan kerajaan, institusi kewangan dan organisasi komersial yang memperkasakan Malaysia.

Ini telah dicapai melalui kerjasama strategik dan perkongsian dengan rakan pemain IT dalam industri.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

HTPADU 2.520

Comments

Login to comment.