OCR Group bangun projek kediaman RM313 juta di Rawang

BeritaHarian Wed, Apr 24, 2024 08:22pm - 1 week View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Templer Sdn Bhd bercadang membangunkan projek kediaman bertanah dengan keluasan 7.44 hektar di Templer, Rawang, dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM313 juta.

Menurut pemaju hartanah itu, OCR Templer telah memeterai perjanjian usaha sama dengan pemilik tanah Lecca Properties (M) Sdn Bhd untuk membiayai dan melaksanakan pembangunan ini di tanah pegangan kekal berkenaan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya projek itu yang dijangka dilancarkan pada 2025, terdiri daripada 118 rumah berkembar dengan kawasan binaan antara 3,100 kaki persegi sehingga 4,200 kaki persegi dan 37 lot banglo berukuran 6,600 kaki persegi sehingga 16,000 kaki persegi.

Selain itu, katanya terdapat lima unit lot kedai komersial.

Pengarah Urusan OCR Group, Billy Ong Kah Hoe, berkata pembangunan itu terletak di lokasi strategik, menawarkan persekitaran peribadi dan tenang kepada penduduk Lembah Klang yang menginginkan kemudahan di bandar dan gaya hidup yang dekat dengan alam semula jadi untuk keluarga.

"Dengan kedudukannya di lokasi utama dan ciri yang menarik, kami yakin dengan hasilnya dan berharap dapat menawarkan pembangunan unik yang meningkatkan gaya hidup penduduk," katanya dalam kenyataan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.780
OCR 0.070

Comments

Login to comment.