Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejaki kenaikan Wall Street

BeritaHarian Tue, Apr 23, 2024 10:46am - 1 week View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan peningkatannya pada sesi awal dagangan Selasa, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street apabila sentimen pulih susulan kenyataan Iran yang tidak berhasrat melanjutkan konflik dengan Israel, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.22 mata kepada 1,559.81.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 232 berbanding 132 manakala 273 kaunter lain tidak berubah, 1,737 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 289.47 juta unit bernilai RM117.85 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen lebih positif itu menyaksikan Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) melonjak 253 mata manakala Nasdaq naik 169 mata selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menguncup kepada 4.611 peratus.

Indeks Hang Seng Hong Kong pula melonjak hampir 290 mata selepas pihak pengawal selia China bertindak memperkenalkan beberapa pembaharuan pasaran dalam usaha meningkatkan status bandar raya itu sebagai hab kewangan antarabangsa.

"Kami menjangkakan ini akan disusuli dengan beberapa aktiviti memburu saham berharga rendah oleh dana asing selepas mencatat aliran keluar dana sejak beberapa minggu lepas.

"Sehubungan itu, kami percaya indeks berkenaan akan cenderung kepada peningkatan selepas pemulihan semalaman ekuiti AS dan menjangkakan ia berlegar dalam lingkungan 1,555-1,570 hari ini," katanya.

Thong berkata pengumuman beberapa data penting AS seperti pendapatan korporat, keluaran dalam negara kasar perbelanjaan penggunaan peribadi untuk Mac minggu ini, juga penting bagi pendirian Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 3.0 sen kepada RM9.77, Public Bank meraih 1.0 sen kepada RM4.21, CIMB menokok 5.0 sen kepada RM6.67, Tenaga Nasional meningkat 2.0 sen kepada RM11.66 dan Petronas Chemicals untung 4.0 sen kepada RM6.85.

Bagi saham aktif, Topmix yang mula disenaraikan di Pasaran ACE hari ini, melonjak 13.0 sen kepada 44 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 5.0 sen, Reneuco menambah 1.5 sen kepada 10.5 sen dan Ingenieur Gudang menokok setengah sen kepada 14.5 sen manakala Iconic Worldwide susut 1.5 sen kepada 9.0 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 35.74 mata kepada 11,719.36, Indeks FBMT 100 naik 33.70 mata kepada 11,363.94, Indeks FBM 70 melonjak 57.15 mata kepada 16,212.08, Indeks FBM ACE meraih 24.63 mata kepada 4,953.97 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 41.06 mata kepada 11,876.47.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.70 mata kepada 185.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 48.48 mata kepada 17,317.77, Indeks Tenaga meningkat 1.07 mata pada 973.19 dan Indeks Perladangan meraih 10.14 mata kepada 7,426.33. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
FBMACE 5134.550
FBMEMAS 11970.110
FBMKLCI 1589.590
ICONIC 0.105
INGENIEU 0.115
PBBANK 4.120
RENEUCO 0.095
SAPNRG 0.045
TENAGA 12.320
TOPMIX 0.465

Comments

Login to comment.