Abdul Rahman letak jawatan di CIMB, kembali ke PNB

HarianMetro Tue, Apr 16, 2024 02:01pm - 2 weeks View Original


Kuala Lumpur: Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Abdul Rahman ketika ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad, dan telah berkhidmat sejak tahun 2020.

Beliau membawa bersama pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat, termasuk di Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Media Prima Berhad (MPB) dan Ekuiti Nasional Berhad.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime

Darby Berhad dan Velesto Energy Berhad.

Sebelum menjawat jawatan terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Abdul Rahman pernah berkhidmat sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari tahun 2016 hingga 2019, dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.

Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan kepulangan Abdul Rahman dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan Pelan Strategik PNB yang baru dibangunkan serta membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Sementara itu, CIMB Group Holdings Berhad (Kumpulan CIMB) mengumumkan peletakan jawatan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB pada 30 Jun 2024 selepas berkhidmat dengan Kumpulan selama empat tahun sejak 2020.

Kumpulan juga mengumumkan bahawa untuk memudahkan peralihan, Datuk Mohd Nasir Ahmad yang pada asalnya akan bersara pada Julai 2024, akan kekal sebagai Pengerusi Kumpulan, dan dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 20 Julai 2024.

Kumpulan CIMB dalam kenyataan berkata, di bawah kepimpinan Abdul Rahman, Kumpulan mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam prestasi kewangan, mengukuhkan daya tahan operasi, mempercepatkan inisiatif digital serta membantu menyemai budaya CIMB yang kukuh.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CIMB 6.640
MEDIA 0.460
VELESTO 0.260

Comments

Login to comment.