Nextgreen, Xiamen C&D bina kilang pulpa kertas di Pekan

BeritaHarian Mon, Apr 15, 2024 03:27pm - 2 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Nextgreen Global Bhd (NGGB) dan Xiamen C&D Paper & Pulp Group Co Ltd (Xiamen C&D) akan membina kemudahan pengeluaran pulpa kertas di atas tanah 43 ekar dalam kawasan Taman Teknologi Hijau seluas 410 ekar di Pekan, Pahang yang menjadi sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Kerjasama strategik ini adalah untuk pembangunan dan operasi kemudahan pengeluaran pulpa kertas yang hijau dan mampan.

Mengikut memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai, Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), anak syarikat NGGB dan Xiamen C&D akan menubuhkan syarikat usaha sama, dengan kepentingan ekuiti masing-masing sebanyak 75 peratus dan 25 peratus.

Kapasiti pengeluaran awal dijangka 100,000 tan metrik pulpa kertas setahun diperbuat daripada tandan kosong kelapa sawit dan menggunakan teknologi 'Preconditioning Refiner Chemical-Recycle Bleached Mechanized Pulp' (PRC-RBMP) yang dipatenkan.

Sementara itu, NIP akan menerajui kajian kebolehlaksanaan, penyediaan projek, pemerolehan dan pembangunan perniagaan, sambil turut melibatkan diri dengan pihak berkepentingan dan pembiaya luar.

C&D Xiamen pula akan memberi sokongan dalam pembangunan perniagaan, membantu mendapatkan pembiayaan luaran, dan menguruskan pengeluaran keluaran kemudahan berkenaan.

Pengarah Urusan NGGB, Datuk Lim Thiam Huat, berkata kerjasama strategik ini menandakan komitmen bersama terhadap inovasi, kemampanan dan pembangunan ekonomi bagi kedua-dua pihak.

"Dengan meningkatkan penggunaan teknologi PRC-RBMP yang inovatif bersama rakan kongsi yang berpangkalan di China, kami berhasrat untuk merintis era baharu amalan industri mesra alam, memacu kemajuan dan mempercepatkan kemakmuran bagi rantau ini dan seterusnya.

"MoU ini dibuat selepas pengumuman baru-baru ini bahawa kami telah memeterai perjanjian pemegang saham dengan IOI Paper Pulp Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik penuh IOI Corporation Bhd yang membuka jalan bagi pembangunan skala besar pertama loji pulpa kertas sisa sifar," katanya dalam satu kenyataan.

Thiam Huat berkata, kemajuan yang pantas menyerlahkan dedikasi syarikat itu dalam menyiapkan pelan induknya.

Xiamen C&D ialah anak syarikat milik penuh Xiamen C&D Inc di bawah Xiamen C&D Corp Ltd, sebuah syarikat global Fortune 500.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

NGGB 0.880

Comments

Login to comment.