Sentimen tidak menentu, Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

BeritaHarian Fri, Apr 12, 2024 07:22pm - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, diniagakan dalam jajaran kecil apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan sentimen tidak menentu di seluruh rantau ini, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.47 mata atau 0.16 peratus kepada 1,551.04 daripada paras penutup 1,553.51 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.58 mata kepada 1,554.09 dan bergerak antara paras 1,548.27 dan 1,556.64 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 580 berbanding 515, dengan 470 kaunter tidak berubah, 778 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.88 bilion unit bernilai RM3.0 bilion berbanding 3.46 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Selasa.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata ekuiti Malaysia ditutup bercampur-campur selepas mencatatkan penurunan sebelumnya dan minat belian dilihat dalam sektor hartanah dan teknologi.

"Indeks petunjuk pasaran melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 52 minggu pada Isnin, ditutup pada 1,555.98.

"Walaupun berlaku penurunan selepas kenaikan itu, kami melihat pembetulan ini sebagai suatu yang perlu untuk mengekalkan aliran meningkat," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.65, CIMB Group dan Tenaga Nasional meningkat 4.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.61 dan RM11.70, manakala Public Bank susut 1.0 sen kepada RM4.18 dan Petronas Chemicals jatuh 7.0 sen kepada RM6.70.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Harvest Miracle Capital meningkat setengah sen kepada 12 sen, Dagang Nexchange naik 4.0 sen kepada 41.5 sen, Bina Puri Holdings tidak berubah pada 8 sen, Velesto Energy susut setengah sen kepada 27.5 sen dan KNM Group berkurangan 1.0 sen kepada 6.5 sen

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun sebanyak 3.32 mata kepada 11,697.82, Indeks FBMT 100 susut 8.54 mata kepada 11,326.92, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 2.21 mata kepada 11,862.99,

Sementara itu, Indeks FBM ACE melonjak 88.96 mata kepada 5,100.12 dan Indeks FBM 70 naik 26.77 mata kepada 16,392.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 28.27 mata kepada 17,271.80 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.85 mata kepada 184.66. Indeks Perladangan susut 8.13 mata kepada 7,470.69 manakala Indeks Tenaga menyusut 1.80 mata kepada 969.09.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.16 bilion unit bernilai RM2.65 bilion daripada 1.88 bilion unit bernilai RM1.77 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 913.70 juta unit bernilai RM101.73 juta daripada 1.01 bilion unit bernilai RM115.72 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 787.74 juta saham bernilai RM239.77 juta daripada 569.18 juta saham bernilai RM176.42 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 335.86 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (335.64 juta), pembinaan (203.85 juta), teknologi (310.79 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (110.62 juta), hartanah (347.86 juta), perladangan (47.78 juta), REITs (10.30 juta), dana tertutup (61,600), tenaga (271.60 juta), penjagaan kesihatan (42.02 juta), telekomunikasi dan media (50.31 juta), pengangkutan dan logistik (40.32 juta), dan utiliti (51.27 juta).

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu dan Khamis (10-11 April) sempena cuti umum menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BPURI 0.075
BPURI-WB 0.035
BURSA 7.680
DNEX 0.400
FBMACE 5134.550
FBMEMAS 11970.110
FBMKLCI 1589.590
FBMSHA 12193.300
HM 0.110
HM-PA 0.035
HM-WB 0.005
KNM 0.070
PBBANK 4.120
TENAGA 12.320
VELESTO 0.270

Comments

Login to comment.