UEM Edgenta dapat kontrak sehingga RM963.49 juta di Singapura

BeritaHarian Fri, Apr 05, 2024 10:31pm - 4 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd, memperoleh kontrak untuk pembekalan perkhidmatan sokongan hospital kepada beberapa hospital di Singapura dengan anggaran nilai di antara RM934.58 juta dengan RM963.49 juta.

Nilai sebenar kontrak itu tertakluk kepada pemuktamadan sumber tenaga kerja, menurut syarikat pengurusan kemudahan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

UEM Edgenta menjelaskan, kontrak itu bertempoh lima tahun bermula pada 1 April 2024 dan tidak menamakan hospital yang terlibat.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan UEM Edgenta, tambahnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
EDGENTA 0.910

Comments

Login to comment.