Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua

BeritaHarian Wed, Mar 06, 2024 08:38pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan penurunan untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan dagangan hambar kerana pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan baru-baru ini di sebalik pengumuman data penting dan mesyuarat ekonomi minggu ini, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.47 mata kepada 1,531.51 daripada 1,536.98 semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 4.53 mata kepada 1,532.45 dan bergerak antara 1,527.92 dan 1,535.20 sepanjang hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 422 manakala 439 kaunter tidak berubah, 814 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.65 bilion unit bernilai RM2.66 bilion daripada 3.81 bilion unit bernilai RM2.80 bilion yang dicatat semalam.

Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio yang dilantik di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata pada masa ini tumpuan akan diberikan kepada kenyataan kongres selama dua hari Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell bermula Rabu diikuti pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara esok.

"Selain itu, laporan data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat ini juga penting untuk peserta pasaran," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kekecewaan semalam terhadap sasaran pertumbuhan ekonomi konservatif China untuk 2024 telah meningkatkan sikap berhati-hati dalam kalangan pelabur.

Kerajaan China dilaporkan menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi lima peratus untuk 2024, jauh lebih rendah daripada angka dua angka sebelumnya.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi, Public Bank dan CIMB Group masing-masing turun dua sen kepada RM4.30 dan RM6.51, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.16 manakala Maybank menambah satu sen kepada RM9.64 dan Petronas Chemicals meningkat 10 sen kepada RM6.96.

Daripada saham aktif, Harvest Capital menguncup 1.5 sen kepada 12 sen, Velesto Energy merosot dua sen kepada 27 sen, Widad Group tidak berubah pada 9.5 sen manakala Minetech Resources naik 0.5 sen kepada 15 sen dan Notion Vtec meningkat satu sen kepada 52.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 36.27 mata kepada 11,360.73, Indeks FBMT 100 susut 38.85 mata kepada 11,026.44, Indeks FBM ACE jatuh 17.72 mata kepada 4,681.44, Indeks FBM Emas Shariah turun 19.16 mata kepada 11,365.93 dan Indeks FBM 70 berkurangan 51.81 mata kepada 15,311.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 58.31 mata kepada 17,231.82, Indeks Tenaga turun 11.40 mata kepada 895.87, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menguncup 0.06 mats kepada 174.41 manakala Indeks Perladangan naik 41.75 mata kepada 7,220.04.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.70 bilion unit bernilai RM2.34 bilion daripada 1.99 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.30 bilion unit bernilai RM174,73 juta daripada 1.22 bilion unit bernilai RM151.75 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 642.46 juta saham bernilai RM151.44 juta daripada 595.83 juta saham bernilai RM140.07 juta semalam.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 246.02 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (308.12 juta); pembinaan (80.25 juta); teknologi (250.69 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (152.27 juta); hartanah (235.65 juta); perladangan (93.59 juta); REIT (10.90 juta), dana tertutup (8,200); tenaga (149.49 juta); penjagaan kesihatan (43.63 juta); telekomunikasi dan media (21.18 juta); pengangkutan dan logistik (24.15 juta) dan utiliti (82.83 juta). - BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMACE 5062.010
FBMEMAS 11826.790
FBMKLCI 1575.160
FBMSHA 11991.950
MINETEC 0.145
NOTION 0.580
PBBANK 4.210
TENAGA 11.920
VELESTO 0.265
WIDAD 0.065

Comments

Login to comment.