Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan prestasi bercampur di Wall Street

BeritaHarian Wed, Feb 28, 2024 11:55am - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman apabila sentimen secara keseluruhannya masih tanpa hala tuju dengan peniaga menunggu pengumuman data terkini inflasi pada lewat minggu ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.92 mata kepada 1,549.88 daripada paras penutup 1,558.80 semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.50 mata kepada 1,556.30.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 181, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,614 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.

Jumla dagangan berjumlah 579.06 juta unit bernilai RM186.52 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman, Dow Jones Industrial Average turun 97 mata manakala Nasdaq meningkat 59 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik kepada 4.303 peratus.

Selain itu, katanya di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 156 mata selepas dibuka rendah apabila para peniaga membuat spekulasi bahawa akan ada lebih banyak rangsangan untuk menyokong pasaran hartanah berikutan penurunan harga rumah bagi bulan kesembilan.

"Di bursa tempatan walaupun indeks petunjuk pasaran meningkat lebih daripada 100 mata setakat ini bagi tahun ini, kami percaya masih terdapat potensi peningkatan.

"Bagi hari ini kami menjangkakan indeks berada dalam jajaran 1,555 hingga 1,565,"katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.52, CIMB susut satu sen kepada RM6.44, Tenaga Nasional turun 36 sen kepada RM11.06, Petronas Chemicals berkurangan 13 sen kepada RM6.81 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.47.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng Consolidated dan TWL Holdings naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan empat sen, Velesto Energy meningkat 4.5 sen kepada 31 sen, Leform menokok satu sen kepada 17.5 sen dan BCM Alliance jatuh setengah sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.53 mata kepada 11,513.10, Indeks FBMT 100 menyusut 42.25 mata kepada 11,167.34, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 59.98 mata kepada 11,521.11, manakala Indeks FBM 70 meningkat 31.96 mata kepada 15,542.76 dan Indeks FBM ACE menokok 12.00 mata kepada 4,816.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.33 mata kepada 17,339.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.88 mata kepada 176.91, Indeks Perladangan berkurangan 19.33 mata kepada 7,163.73 manakala Indeks Tenaga meningkat 20.60 mata kepada 952.08.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BCMALL 0.015
BURSA 8.200
FBMACE 5351.220
FBMEMAS 12308.180
FBMKLCI 1616.620
FBMSHA 12522.210
HONGSENG 0.015
HONGSENG-PA 1.740
HONGSENG-WA 1.180
HONGSENG-WB 0.005
LEFORM 0.165
PBBANK 4.190
TENAGA 12.600
TWL 0.025
TWL-LA 0.020
TWL-WD 0.005
TWL-WE 0.010
VELESTO 0.285

Comments

Login to comment.