'Sindrom saham menjunam' lebih menjurus kepada kaunter tertentu

BeritaHarian Thu, Jan 18, 2024 04:04pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: 'Sindrom saham menjunam' atau pergerakan luar biasa turun-naik harga saham sebilangan kaunter bermodal kecil tertentu dilihat lebih didorong oleh spekulasi yang berlebihan, ditambah pula gelombang jualan di pasaran serantau dan global, kata penganalisis.

Situasi itu bagaimana dijangka tidak akan menjejaskan prestasi pasaran secara menyeluruh memandangkan prospek Bursa Malaysia bagi tahun ini dijangka positif sejajar dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata pihaknya melihat pergerakan beberapa harga saham yang luar biasa itu lebih kepada spekulasi.

Beliau berkata, kemerosotan harga saham khususnya berkaitan syarikat berpangkalan di Sarawak adalah berikutan harga sahamnya meningkat tinggi pada Disember.

Katanya, kemungkinan untuk trend itu menular ke saham murah lain sememangnya ada, tetapi baginya, aktiviti memburu saham murah akan muncul.

"Kami akan memantau. Jika ada belian di saat akhir hari ini, kemungkinan esok akan ada peningkatan," katanya kepada BH bagi mengulas faktor yang mendorong pergerakan luar biasa dalam beberapa harga saham tertentu.

Pemegang Lesen Wakil Peniaga dan Pasaran Hadapan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Zainal Ariffin Osman, berkata pergerakan harga saham luar biasa membabitkan kaunter tertentu itu tidak akan mencetuskan penurunan mendadak harga saham secara meluas dalam pasaran.

Beliau kekal positif dengan prestasi pasaran saham tempatan tahun ini sejajar dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang baik tahun ini.

Pada sesi dagangan Rabu, sekurang-kurangnya lima saham syarikat iaitu Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), YNH Property Bhd, Rapid Synergy Bhd, Jentayu Sustainables Bhd dan Mercury Securities Bhd mencapai had penurunan.

Sementara empat syarikat, SCIB, Jentayu, Mestron Holdings Bhd dan APB Resources Bhd, mendapat penggantungan jualan pendek harian mereka pada hari yang sama, kerana saham jatuh lebih 15 peratus atau 15 sen.

Penjualan itu mendorong Bursa mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA), bukan saja kepada Mercury dan Jentayu, tetapi juga kepada Artroniq Bhd, yang mencecah had penurunan pada awal minggu ini.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

APB 1.780
ARTRONIQ 0.220
ARTRONIQ-WA 0.050
BURSA 8.500
JSB 0.825
MESTRON 0.295
RAPID 0.795
SCIB 0.260
YNHPROP 0.455

Comments

Login to comment.