Syed Zainal Abidin letak jawatan Pengerusi Scanwolf

BeritaHarian Fri, Dec 29, 2023 07:08pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Scanwolf Corp Bhd, berkuat kuasa dari 31 Disember 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Scanwolf memetik 'komitmen kerja lain' sebagai alasan peletakan jawatan Syed Zainal Abidin.

Beliau dilantik ke dalam lembaga pengarah syarikat itu, yang terbabit dalam mereka bentuk dan mengeluarkan produk penyemperitan plastik selain pembangunan hartanah, pada 5 November 2021.

Syed Zainal Abidin, 61, ketika ini ialah Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan unit pelaburan strategik DNeX, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Bagi suku pertama berakhir 30 September 2023, Scanwolf mencatatkan kerugian lebih besar RM3.6 juta, berbanding RM2.66 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan dapat tempoh itu merosot 19.9 peratus kepada RM7.73 juta daripada RM9.65 juta.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.580
DNEX 0.395
SCNWOLF 0.425

Comments

Login to comment.