Foundpac beli tanah RM41.88 juta di Bayan Lepas

BeritaHarian Thu, Dec 21, 2023 06:43pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: Foundpac Group Bhd membeli sebidang tanah perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang daripada Bluemetal Sdn Bhd pada harga RM41.88 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Foundpac berkata cadangan pengambilalihan itu dilaksanakan bagi menyatukan operasi pengeluaran yang terletak di Pulau Pinang iaitu kilang di Batu Maung, Bayan Lepas dan Prai kepada satu premis tunggal.

"Kumpulan pada ketika ini mempunyai operasi pengeluaran terletak di enam kilang, dengan empat kilang terletak di Bau Maung, Bayan Lepas dan Prai, manakala dua kilang lagi di Kedah iaitu Sungai Petani dan Sik," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.700
FPGROUP 0.360

Comments

Login to comment.