Pasaran saham tempatan sedia peluang besar 2024

BeritaHarian Thu, Dec 21, 2023 03:17pm - 5 months View Original


KUALA LUMPUR: Phillip Capital melihat peluang yang lebih baik dalam pasaran saham domestik menjelang 2024 berikutan kekuatan ringgit, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih mantap, landskap politik yang stabil, penurunan inflasi global, serta jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, firma penyelidikan pasaran itu menyatakan bahawa mereka lebih berminat untuk terus melabur dalam ruang saham kecil ke pertengahan, disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan korporat yang lebih mantap dan minat kembali kepada syarikat-syarikat beroritentasikan pertumbuhan susulan jangkaan pengurangan kadar faedah di AS.

Sementara itu, ia berkata antara faktor untuk menjadi positif terhadap pasaran saham tempatan adalah kitaran kenaikan kadar faedah telah mencapai penghujung, penyederhaan inflasi global dan keyakinan kesannya yang kecil terhadap ekonomi AS.

"Jangkaan pemotongan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada separuh kedua tahun 2024 akan menyebabkan perbezaan kadar faedah berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang semakin kecil, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh dan pandangan kuat kami terhadap pemulihan pasaran secara menyeluruh.

"Kami menjangkakan kadar ringgit berbanding dolar AS akan berada pada sekitar RM4.40 hingga RM4.50 pada akhir tahun 2024, meningkat daripada RM4.65 hingga RM4.70 pada masa ini," katanya.

Menjelang tahun 2024, dilihat terdapat peluang dalam sektor pembinaan, perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), penjagaan kesihatan, minyak dan gas (O&G), serta teknologi di Malaysia.

Pelaksanaan pantas perbelanjaan infrastruktur untuk projek-projek yang besar seperti Aliran Transit Massa 3 (MRT3), aliran transit ringan (LRT) Pulau Pinang, dan lima stesen LRT yang kembali akan dibangunkan dapat merangsang lebih banyak aliran berita bagi sektor pembinaan.

Katanya, lonjakan pelaburan pusat data juga menyediakan peluang besar untuk kontraktor dengan keupayaan reka bentuk dan pembinaan.

Sementara itu, Phillip Capital berkata Malaysia dijangka mendapat manfaat besar daripada ketegangan geopolitik AS-China yang berterusan, di mana aliran perdagangan akan membawa kepada pemindahan rantaian bekalan keluar dari China pada tahun-tahun akan datang, didorong oleh pandangan positif untuk sektor EMS di Malaysia.

Sektor penjagaan kesihatan juga berkembang, hasil daripada permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan kesihatan dalam era pasca pandemik, serta peruntukan anggaran kerajaan yang lebih besar kepada sektor ini pada 2024.

Phillip Capital juga positif terhadap sektor O&G, dengan pertumbuhan pendapatan yang mampan dan akan dipacu oleh aktiviti kerja yang lebih tinggi, penilaian kadar yang positif, dan perbelanjaan modal yang lebih tinggi oleh PETRONAS.

"Selepas dua tahun berturut-turut di bawah prestasi, kami percaya sektor teknologi mungkin berubah pada tahun 2024, di mana peningkatan semula rentak pertumbuhan, ketidakseimbangan inventori berkurang serta aktiviti penyimpanan semula akan bermula," katanya.

10 saham pilihan belian utama termasuk Gamuda Bhd, Kerjaya Prospek Group Bhd, CAPE EMS Bhd, NationGate Holdings Bhd, UMediC Group Bhd, Optimax Holdings Bhd, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Pantech Holdings Bhd, UWC Bhd dan Pentamaster Corp Bhd.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CEB 1.010
DAYANG 2.820
GAMUDA 6.100
KERJAYA 1.830
NATGATE 1.880
OPTIMAX 0.660
OPTIMAX-WA 0.200
UMC 0.730
UWC 3.340

Comments

Login to comment.