Malaysia Airlines, Firefly tambah 248 penerbangan sehingga Mac

BeritaHarian Mon, Dec 11, 2023 09:21pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) akan meningkatkan kekerapan penerbangannya untuk memenuhi pertumbuhan permintaan terhadap perjalanan sehingga Mac 2024 dengan menambah 248 penerbangan ke rangkaian domestik dan antarabangsanya.

Dalam kenyataan hari ini, MAG berkata tambahan kekerapan itu ditawarkan oleh Malaysia Airlines dan Firefly, berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL), Lapangan Terbang Subang (SZB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN).

"Bagi perjalanan domestik, Malaysia Airlines akan menambah penerbangan dari hab utamanya di KUL ke Sibu (SBW) daripada 10 kepada 12, Tawau (TWU) daripada 10 kepada 16 dan Kuching (KCH) daripada 54 kepada 57 secara mingguan.

"Selain itu, penerbangan Firefly dari PEN ke Kota Kinabalu (BKI) akan meningkat daripada 14 kepada 15, Langkawi (LGK) daripada 10 kepada 11 dan dari SZB ke LGK daripada 12 kepada 13 secara mingguan," katanya.

Sementara itu, MAG berkata penerbangan antarabangsa dari KUL ke Sydney (SYD) akan naik daripada 14 kepada 18, Melbourne (MEL) daripada 14 kepada 17, Amritsar (ATQ) daripada dua kepada empat, Cochin (COK) daripada enam kepada tujuh dan Narita (NRT) daripada 12 kepada 14 secara mingguan.

"Malaysia Airlines akan meningkatkan penerbangan dari habnya di KUL ke destinasi domestik utama dengan menambah tiga penerbangan tambahan, masing-masing ke Kota Bharu (KBR) dan Alor Setar (AOR), lapan ke Sandakan (SDK), sembilan ke Sibu (SBW), satu ke Tawau (TWU) dan dua ke Kuching (KCH)," katanya.

Menurut MAG, bagi tempoh perayaan Tahun Baharu Cina, syarikat penerbangan akan menambah kekerapan untuk laluan KUL ke Singapura (SIN) sebanyak dua secara mingguan, meningkatkan kekerapan daripada 56 kepada 58, terutamanya dari 7 Februari dan 8 Februari 2024.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.