Bursa Malaysia akhiri penurunan lima hari berturut-turut

BeritaHarian Mon, Dec 11, 2023 08:55pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut minggu lalu untuk ditutup tinggi pada Isnin, didorong belian pada saat-saat akhir dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.42 mata kepada 1,446.39 daripada 1,441.97 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Indeks barometer dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,441.32 sebelum bergerak mencecah paras serendah 1,440.40 dan kemudiannnya berada dalam trajektori meningkat untuk berakhir pada paras tertinggi harian.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 483 berbanding 397, manakala 463 kaunter tidak berubah, 988 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.82 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata indeks serantau utama berada dalam aliran bercampur-campur berikutan dagangan secara berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS), keputusan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) dan angka jualan runcit dikeluarkan hujung minggu ini.

"Di peringkat domestik, kami menjangkakan suasana pasaran kekal berhati-hati memandangkan ketidaktentuan prospek ekonomi global, namun, penilaian indeks penanda aras kekal menarik.

"Oleh itu kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran tidak banyak berubah dengan kecenderungan positif dalam lingkungan julat 1,435 hingga 1,455 bagi minggu ini," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM9.05 dan RM4.25, CIMB naik dua sen kepada RM5.78, Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepada RM7.17, dan TNB tidak berubah pada RM9. 91.

Bagi saham aktif, Saudee Group tidak berubah pada 2.5 sen, YTL Corp melonjak 18 sen kepada RM1.87, YTL Power International menambah sembilan sen kepada RM2.51, Ekovest naik tiga sen kepada 47 sen, dan Widad Group menokok setengah sen kepada 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 48.62 mata kepada 10,679.30; Indeks FBMT 100 menambah 47.36 mata kepada 10,347.66; Indeks FBM Emas Syariah menokok 42.24 mata kepada 10,773.16; Indeks FBM ACE naik 2.74 mata kepada 5,109.16 dan Indeks FBM 70 melonjak 133.26 mata kepada 14,090.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 30.41 mata kepada 16,364.35; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.99 mata kepada 170.69; Indeks Perladangan menokok 20.81 mata kepada 6,977.80 manakala Indeks Tenaga susut 3.34 mata kepada 792.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.12 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 1.68 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.16 bilion unit bernilai RM127.72 juta daripada 619.82 juta unit bernilai RM72.09 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 540.09 juta saham bernilai RM203.99 juta daripada 675.75 juta saham bernilai RM204.04 juta pada Jumaat lalu.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 412.02 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (322.39 juta); pembinaan (170.24 juta); teknologi (180.98 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (57.18 juta); hartanah (329.20 juta); perladangan (33.05 juta); REIT (15.33 juta), dana tertutup (5,100); tenaga (155.76 juta); penjagaan kesihatan (90.48 juta); telekomunikasi dan media (23.70 juta); pengangkutan dan logistik (36.03 juta); serta utiliti (292.67 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
EKOVEST 0.445
FBMACE 5134.550
FBMEMAS 11970.110
FBMKLCI 1589.590
PBBANK 4.120
SAUDEE 0.030
WIDAD 0.060
YTL 3.260
YTLPOWR 4.790

Comments

Login to comment.