Belian saham harga murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi

BeritaHarian Fri, Dec 08, 2023 11:19am - 5 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, disokong oleh pembelian semasa harga murah yang sederhana.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.52 mata kepada 1,443.37 daripada 1,442.85 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks barometer itu dibuka 1.12 mata lebih tinggi kepada 1,443.97.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan 153 kaunter untung berbanding 139 kaunter rugi, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,804 kaunter tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 153.35 juta unit bernilai RM58.78 juta.

Di peringkat tempatan, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata memandangkan indeks penanda aras menghampiri paras terlebih jual maka, pembelian semasa harga murah mungkin berlaku lagi.

"Walaupun begitu, pelabur dinasihatkan untuk terus berwaspada berikutan turun naik dan ketidakpastian global semakin ketara.

"Kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran berjulat lebih tinggi iaitu 1,440 hingga 1,450 hari ini," katanya.

Di pasaran luar negara, pelabur sedang menunggu data daripada senarai gaji bukan ladang yang penting lewat malam ini selepas tuntutan pekerjaan awal dan tawaran pekerjaan menunjukkan data lebih rendah.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan IHH masing-masing tidak diniagakan pada RM9.01, RM4.26 dan RM5.82.

CIMB turun dua sen kepada RM5.74 dan Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM9.92.

Antara kaunter paling aktif, Asdion menokok 1.5 sen kepada 8.5 sen, Sarawak Consolidated susut tiga sen kepada 78 sen dan Vizione menambah satu sen kepada 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.41 mata kepada 10,625.50; Indeks FBMT 100 meningkat 5.74 mata kepada 10,296.88 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 15.78 mata kepada 10,743.84.

Indeks FBM 70 menokok 16.55 mata kepada 13,893.79 dan Indeks ACE FBM naik 11.61 mata kepada 5,076.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.96 mata kepada 16,325.78 manakala Indeks Tenaga turun 1.04 mata kepada 787.08.

Indeks Perladangan menambah 0.11 mata kepada 6,954.52 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.11 mata kepada 169.08. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASDION 0.060
BURSA 7.950
FBMEMAS 12118.300
FBMKLCI 1602.910
PBBANK 4.180
TENAGA 12.400

Comments

Login to comment.