Bursa Malaysia diniaga dalam jajaran terhad

BeritaHarian Tue, Dec 05, 2023 11:22am - 5 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan dalam julat yang sempit pada urus niaga pagi Selasa, mengambil petunjuk daripada pergerakan di Wall Street menjelang mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk tahun ini pada minggu depan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.42 mata kepada 1,450.60 daripada penutup Isnin iaitu 1,451.02.

Indeks utama dibuka 0.11 mata lebih tinggi pada paras 1,451.13.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 167 berbalas 106, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 140.98 juta unit bernilai RM48.22 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung terutamanya dalam saham syarikat teknologi besar.

"Selain itu, kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai peningkatan konflik antara Israel dan Palestin berpotensi mengganggu prospek Timur Tengah dan ini boleh menyebabkan harga minyak mentah melonjak dan menjurus kepada meningkatnya inflasi," katanya.

Pemain pasaran juga memantau dengan teliti data pekerjaan AS minggu ini, yang masih akan mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan.

Mesyuarat FOMC terakhir tahun ini akan diadakan pada 12-13 Disember.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank susut 18 sen kepada RM19.04, CelcomDigi lemah dua sen menjadi RM4.18 dan Tenaga Nasional turun empat sen untuk mencatatkan harga RM9.94.

CIMB menokok lima sen kepada RM5.83 dan Press Metal lebih tinggi sebanyak tiga sen kepada RM4.83.

Bagi kaunter paling aktif, CSH Alliance meraih setengah sen kepada 5.5 sen manakala Leform, Panda Eco dan MMS Ventures kesemuanya kekal, masing-masing pada 33.5 sen, 24 sen dan 55 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 1.49 mata pada 10,684.91 dan Indeks FBM 70 meningkat 1.03 mata kepada 13,984.05.

Indeks FBMT 100 susut 2.11 mata kepada 10,352.06, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 5.46 mata kepada 10,816.46 dan Indeks FBM ACE turun 14.10 mata kepada 5,101.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 5.71 mata kepada 16,370.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.24 mata kepada 170.51, manakala Indeks Tenaga turun 1.18 mata menjadi 811.03 dan Indeks Perladangan lemah 11.38 mata kepada 6,971.84. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.950
CDB 4.080
FBMACE 5267.490
FBMEMAS 12118.300
FBMKLCI 1602.910
HLBANK 19.600
LEFORM 0.160
MMSV 0.570
TENAGA 12.400
VELOCITY-WB 0.040

Comments

Login to comment.