Rex Industry jual tanah RM41.8 juta di Seberang Perai

BeritaHarian Sun, Nov 12, 2023 01:30pm - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Rex Industry Bhd, Rex Canning Co Sdn Bhd, menandatangani perjanjian jual dan beli bersyarat dengan SkyDorm Industries Sdn Bhd bagi penjualan dua bidang tanah bernilai RM41.8 juta.

Keseluruhan saiz tanah adalah 31,428 meter persegi dan terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Syarikat makanan dan minuman itu menjelaskan, cadangan penjualan itu sejajar dengan pelan rasionalisasi perniagaannya, apabila berhasrat untuk melaksanakan langkah tertentu bagi mengurangkan kos pengoperasian perniagaan serta menambah baik kedudukan kewangan.

"Tambahan pula, syarikat mungkin mengenal pasti keuntungan yang dijangkakan daripada penjualan berkenaan, iaitu sebanyak RM19.02 juta dan menggunakan kira-kira RM21.05 juta daripada bayaran penjualan untuk membayar balik pinjaman bank.

"Susulan ini, jumlah pinjaman bank oleh syarikat dijangka berkurangan daripada RM31.53 juta kepada RM10.48 juta," menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Rex Industry memaklumkan, pembayaran bagi penjualan itu akan membolehkannya memenuhi keperluan modal kerja segera termasuk pembelian bahan mentah dan pembungkusan, pembelian barang siap dan perbelanjaan operasi am seperti kos pemasaran, kos kakitangan, perbelanjaan penyenggaraan dan perbelanjaan tadbir urus dan lain-lain.

Cadangan penjualan tanah itu akan dilunaskan menerusi tunai dan mungkin diselesaikan pada suku ketiga 2024. tambahnya.

Syarikat turut menjelaskan, langkah itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.230
REX 0.110

Comments

Login to comment.