Langkah beri tawaran am Boustead Plantations masih berjalan - LTAT

BeritaHarian Fri, Nov 03, 2023 07:42pm - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Usaha Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk memberikan tawaran am melibatkan Boustead Plantations Bhd (BPlant) masih diteruskan, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, LTAT berkata ia akan membuat pengumuman atau pemberitahuan yang berkaitan apabila perlu menurut keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Pada 5 Oktober, BPlant berkata ia telah dimaklumkan mengenai hasrat LTAT untuk meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham walaupun perjanjian kerjasama strategik (SCA) telah ditamatkan bersama antara Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) dan pemegang saham utama BPlant, LTAT dan Boustead Holdings Bhd (BHB).

Sehari sebelum itu, BPlant dan KLK berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak meneruskan cadangan pengambilalihan RM1.15 bilion oleh KLK bagi 33 peratus kepentingan dalam BPlant kerana "syarat terdahulu di bawah SCA tidak dapat dipenuhi pada tarikh akhir 6 Oktober 2023."

"Berdasarkan keadaan itu, kedua-dua pihak saling bersetuju bahawa SCA itu ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Oktober 2023," kata kedua-dua syarikat itu dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia.

Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk mengambil alih 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham, BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPLant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT hasil daripada cadangan pengambilalihan pada RM1.55 sesaham BPlant.

Harga tawaran itu menilai Bplant pada RM3.47 bilion.

Hari ini, saham BPlant ditutup lebih rendah satu sen kepada RM1.47 dengan 1.68 juta saham didagangkan. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

2771 0.000
BPLANT 1.570
BURSA 8.500
KLK 21.460

Comments

Login to comment.