Bursa Malaysia rendah, pasaran serantau bercampur-campur

BeritaHarian Tue, Sep 12, 2023 10:42am - 8 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini di tengah-tengah prestasi serantau yang bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Pada 9.14 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.07 mata kepada 1,452.97 daripada 1,455.04 pada penutup Isnin.

Indeks utama dibuka pada paras 1,454.14, susut 0.9 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 175 berbalas 136 manakala 270 kaunter tidak berubah dan 1,741 tidak didagangkan.

Jumlah dagangan 268.08 juta unit bernilai RM106.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, peniaga masih mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 19 hingga 20 September.

"Di dalam negara pula, kami berpendapat bursa tempatan akan mempamerkan prestasi positif selepas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menghuraikan lebih lanjut mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam.

"Beliau mengulangi kerajaan akan menumpukan perhatian kepada lima sektor pertumbuhan tinggi, bernilai tinggi (HGHV) yang akan membantu menaikkan bursa tempatan manakala minat belian dijangka melimpah berikutan kenaikan semalaman Wall Street," kata firma pembrokeran itu.

Di bawah RMK12, lima sektor HGHV yang akan diberi tumpuan ialah tenaga boleh diperbaharui, teknologi dan digital, elektrik dan elektronik, pertanian dan industri asas tani serta nadir bumi.

Firma pembrokeran itu seterusnya menyatakan pelabur kemungkinan melihat ke sektor-sektor ini untuk peluang perdagangan dalam tempoh terdekat.

Dari segi komoditi, minyak mentah Brent mengekalkan dagangannya melebihi paras AS$90 setong, manakala harga minyak sawit mentah masih diniagakan di bawah RM3,800 satu tan.

Kaunter wajaran tinggi Bursa Maybank dan Public Bank susut satu sen setiap satu masing-masing mencatatkan harga RM9.15 dan RM4.23, manakala Petronas Chemical turun tujuh sen kepada RM7.16.

CIMB dan Telekom Malaysia pula masing-masing menambah satu sen kepada RM5.72 dan RM5.06.

Bagi saham aktif, IFCA MSC menambah dua sen kepada 33 sen, Ekovest susut dua sen menjadi 51 sen manakala Tanco dan Asdion tidak berubah, masing-masing pada 55.5 sen dan 2.5 sen.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASDION 0.060
BURSA 8.200
EKOVEST 0.470
FBMKLCI 1616.620
IFCAMSC 0.475
PBBANK 4.190
TM 6.190

Comments

Login to comment.