Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal

BeritaHarian Tue, Aug 29, 2023 10:49am - 8 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam apabila dibuka rendah pada awal dagangan Selasa walaupun Wall Street mencatat peningkatan dalam urus niaga semalaman.

Pada 9.12 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.02 mata kepada 1,443.04 daripada 1,444.06, semalam.

Indeks utama itu dibuka turun 0.59 mata pada 1,443.47.

Selain itu, pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 221 berbanding 201 manakala sebanyak 295 kaunter tidak berubah, 1,662 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 445.93 juta unit bernilai RM215.98 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, FBM KLCI diniagakan dalam jajaran kecil sejak dua hari dagangan lalu dengan pelabur memberi tumpuan kepada saham bermodal kecil.

Berikutan itu, firma pembrokeran itu menjangkakan minat belian akan kembali ke pasaran saham tempatan susulan prestasi semalaman Wall Street yang positif dan menyuntik keadaan lebih positif di kebanyakan bursa serantau.

"Selain itu, kami menjangkakan pengumuman mengenai zon kewangan khas pada minggu lalu akan mengekalkan minat dagangan yang memberangsangkan, sekurang-kurangnya bagi tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.

Kerajaan mengumumkan akan mewujudkan zon kewangan khas di Johor bagi meningkatkan pelaburan, pertumbuhan serta aktiviti ekonomi di negeri itu.

Malacca Securities berkata, peniaga akan turut memberi tumpuan ke atas beberapa data ekonomi penting minggu ini yang akan mempengaruhi pendirian pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) di masa akan datang.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.03; CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing untung satu sen kepada RM5.61 dan RM7.01; Tenaga Nasional turun 13 sen kepada RM9.77 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.08.

Bagi saham aktif, RGB International turun 2.5 sen kepada 28.5 sen; Capital A susut lima sen kepada 98 sen; Pesona Metro Holdings naik satu sen kepada 20 sen manakala Ingenieur Gudang dan Eastern & Oriental meraih 1.5 sen kepada 12.5 sen dan 61 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 6.55 mata kepada 10,674.97; Indeks FBMT 100 susut 6.53 mata kepada 10,349.58; Indeks FBM Emas Shariah turun 25.68 mata kepada 10,892.36 dan Indeks FBM 70 merosot 5.76 mata kepada 14,203.11 manakala Indeks FBM ACE menguncup 22.83 mata kepada 5,215.64.

Bagi sektor, Indeks Tenaga turun 0.11 mata kepada 836.66; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.11 mata kepada 170.79; Indeks Perladangan susut 33.02 mata kepada 6,916.06 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.24 mata kepada 16,210.73

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.910
CAPITALA 0.870
E&O 1.040
FBMACE 5136.050
FBMEMAS 12107.840
FBMKLCI 1604.750
FBMSHA 12337.570
INGENIEU-PA 0.060
PBBANK 4.200
PESONA 0.170
RGB 0.385
TENAGA 12.400

Comments

Login to comment.