Alliance Bank, CGC peruntuk RM1 bilion bantu PMKS

HarianMetro Sat, Jun 03, 2023 09:11am - 10 months View Original


Kuala Lumpur: Alliance Bank Malaysia Bhd meneruskan kerjasamanya dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan memperuntukkan tambahan RM1 bilion di bawah skim Jaminan Portfolio untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, bank itu berkata, kerjasama itu akan membolehkan PMKS yang layak, termasuk yang tidak mempunyai cagaran, memperoleh pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PMKS untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka.

Ia berkata, bank sudah mempermudahkan dan melicinkan proses permohonan, hanya memerlukan dokumentasi yang minimum dengan kelulusan yang cepat dalam masa satu hari selepas penyerahan dokumen lengkap.

"Usahawan juga mempunyai pilihan untuk memohon pinjaman mereka secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi cawangan bank," katanya.

Alliance Bank berkata, skim-skim terdahulu yang dilancarkan bersama-sama dengan CGC dengan sejumlah RM2.05 bilion diambil sepenuhnya dan memberi manfaat kepada hampir 4,000 perniagaan setakat ini, termasuk RM750 juta di bawah skim Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar Bank Negara Malaysia bagi membantu perniagaan mengharungi cabaran dan kembali pulih daripada pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kellee Kam berkata, kerjasama strategik dengan CGC itu adalah sebahagian daripada strategi Acceler8 bank untuk meneruskan halajunya dalam segmen PMKS.

"Kami mahu membantu PMKS mendapatkan pembiayaan dengan cepat untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menjadikan prosesnya mudah dan selesa, menyediakan mereka dengan peluang tambahan untuk mendapatkan kemudahan perbankan," katanya.

Sementara itu, dari 1 April 2022 hingga 30 April 2023, CGC berjaya melancarkan jaminan portfolio/jaminan borong bernilai RM3.5 bilion dengan institusi kewangan dan institusi kewangan pembangunan Malaysia.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ABMB 3.780

Comments

Login to comment.