Kurang pemangkin, Bursa Malaysia ditutup rendah

BeritaHarian Mon, Feb 20, 2023 06:32pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini kerana kekurangan pemangkin disebabkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pembentangan semula Bajet 2023 pada Jumaat ini dan dalam keadaan musim pelaporan kewangan korporat.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.44 mata atau 0.23 peratus untuk ditutup pada 1,473.46 berbanding 1,476.90 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka rendah 2.65 mata kepada 1,474.25 sebelum bergerak di antara 1,471.07 dengan 1,477.48 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 539 kepada 315, manakala 411 kaunter tidak berubah, 963 tidak diniagakan dan 29 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.14 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.10 bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen jangka pendek diramal kekal berhati-hati di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai inflasi dan pendirian dasar yang lebih ketat dalam kalangan bank-bank pusat.

"(Bagaimanapun) … kami tidak menolak kemungkinan belian semasa harga rendah akan berlaku berikutan penilaian murah dalam indeks petunjuk pasaran. Buat masa ini, kami menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan trend tidak berubah dalam jajaran 1,470-1,490 minggu ini, dengan paras ketahanan segera pada 1,500 dan paras sokongan pada 1,460," katanya.

Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia menyaksikan Public Bank menambah satu sen kepada RM4.16, CIMB meraih dua sen kepada RM5.42, IHH Healthcare melonjak 12 sen kepada RM6.10, Digi menokok 17 sen kepada RM4.47, Maybank susut satu sen kepada RM8.74 dan Petronas Chemicals menguncup lapan sen kepada RM8.20.

Bagi saham aktif, MMAG meningkat satu sen kepada 2.5 sen, MY EG naik 1.5 sen kepada 67.5 sen, Betamek menambah tiga sen kepada 64.5 sen, Ho Wah Genting tidak berubah pada 14.5 sen, Citaglobal berkurangan dua sen kepada 26.5 sen dan Hong Seng Consolidated merosot setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.33 mata kepada 10,724.83, Indeks FBMT 100 turun 17.46 mata kepada 10,392.78, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 27.69 mata kepada 11,074.79, Indeks FBM 70 susut 6.35 mata kepada 13,531.78 dan Indeks FBM ACE berkurangan 56.72 mata kepada 5,602.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 29.13 mata kepada 16,065.35, Indeks Perladangan merosot 23.25 mata kepada 6,814.43, Indeks Tenaga susut 6.0 mata kepada 877.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 2.73 mata kepada 187.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.85 bilion saham bernilai RM1.77 bilion daripada 2.14 bilion saham bernilai RM1.75 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 391.79 juta unit bernilai RM57.0 juta berbanding 304.64 juta unit bernilai RM44.58 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 894.42 juta saham bernilai RM311.97 juta daripada 821.09 juta saham bernilai RM301.0 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 255.45 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (633.82 juta); pembinaan (53.96 juta); teknologi (308.65 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.26 juta); hartanah (95.26 juta); perladangan (28.28 juta); REIT (5.97 juta), dana tertutup (14,900); tenaga (154.20 juta); penjagaan kesihatan (128.36 juta); telekomunikasi dan media (70.36 juta); pengangkutan dan logistik (62.67 juta); dan utiliti (12.03 juta).

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BETA 0.420
BURSA 7.900
CITAGLB-PA 1.200
FBMKLCI 1600.670
HONGSENG-PA 1.740
HWGB 0.230
IHH 6.320
PBBANK 4.180

Comments

Login to comment.