Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan hari ini

BeritaHarian Fri, May 23, 2025 10:33am - 2 days View Original


Indeks FBM KLCI dalam konsolidasi ketika pelabur kekal berhati-hati - Foto hiasan
Indeks FBM KLCI dalam konsolidasi ketika pelabur kekal berhati-hati - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Jumaat walaupun prestasi semalaman Wall Street suram.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.42 mata atau 0.42 peratus, kepada 1,533.44 daripada 1,527.02.

-Advertisement-

Indeks penanda aras itu dibuka 4.91 mata lebih tinggi kepada 1,531.93.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 166 berbanding 93 manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,933 tidak diniagakan dan 41 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 148.61 juta saham bernilai RM113.48 juta.

Hong Leong Investment Bank menjangkakan FBM KLCI dalam konsolidasi ketika pelabur kekal berhati-hati pada pelaporan pendapatan selain aliran keluar bersih asing yang baharu.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu berkata sentimen pasaran juga mungkin kekal kurang memberangsangkan susulan kebimbangan ketara kemerosotan global akibat tarif yang hanya merencatkan momentum ekonomi Malaysia dan prospek pendapatan korporat.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 5.0 sen kepada RM9.87, Public Bank meningkat 3.0 sen kepada RM4.33, TNB menokok 8.0 sen kepada RM14.08, CIMB meraih 4.0 sen kepada RM6.89, IHH Healthcare dan Hong Leong Bank pula kekal pada RM6.88 dan RM19.78.

Bagi saham aktif, Eco-Shop Marketing yang mula disenaraikan di Pasaran Utama naik 8.0 sen kepada RM1.21, Innature, Avangaad dan MYEG menambah setengah sen masing-masing kepada 22.5 sen, 28.0 sen dan 90 sen manakala Barakah Offshore jatuh 2.0 sen kepada 1.0 sen.

Permaju Industries dan Key Asic masing-masing susut setengah sen kepada 3.0 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menambah 49.42 mata kepada 11,469.08, Indeks FBMT 100 naik 45.60 mata kepada 11,221.35 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.43 mata pada 4,616.98.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 55.79 mata kepada 11,438.81 dan Indeks FBM 70 menambah 60.96 mata kepada 16,342.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 79.23 mata kepada 18,012.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meraih 0.76 mata kepada 154.51, Indeks Tenaga menambah 2.41 mata kepada 709.11 dan Indeks Perladangan naik 2.92 mata kepada 7,308.732.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AVANGAAD 0.280
BURSA 7.710
ECOSHOP 1.200
FBMACE 4615.940
FBMEMAS 11474.050
FBMKLCI 1535.380
FBMSHA 11426.220
HLBANK 19.780
IHH 6.900
INNATURE 0.210
KEYASIC 0.035
PBBANK 4.400
PERMAJU 0.030

Comments

Login to comment.