Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari

BeritaHarian Mon, May 13, 2024 02:31pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dalam julat positif semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan kenaikan di kaunter produk pengguna dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan yang terus mengukuhkan pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 2.82 mata kepada 1,603.49 daripada 1,600.67 pada Jumaat lalu.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,602.30, bergerak antara 1,600.43 dan 1,604.80 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 517 berbanding 463, 502 kaunter tidak berubah, 868 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.69 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

Seorang peniaga berkata keyakinan mengenai prospek kadar faedah AS mendorong minat dalam kebanyakan pasaran saham serantau.

Indeks Hang Seng Hong Kong melepasi paras 19,000 untuk diniagakan tinggi 0.47 peratus kepada 19,052.14 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.23 peratus kepada 3,298.12.

Beliau berkata data menunjukkan pasaran buruh AS yang rendah, meningkatkan harapan Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah pada September.

"Oleh itu, tumpuan kini pada Indeks Harga Pengguna (IHP) pada April yang akan dikeluarkan pada 15 Mei," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Genting meningkat 16 sen kepada RM4.71 manakala Genting Malaysia naik enam sen kepada RM2.69.

Axiata meningkat empat sen kepada RM2.84, CIMB naik tiga sen kepada RM6.80 manakala Public Bank dan Maybank, masing-masing menambah satu sen kepada RM4.19 dan RM9.88.

Bagi saham aktif, MYEG naik setengah sen kepada 99 sen, MMAG meningkat 8.5 sen kepada 28.5 sen, Eversendai menambah sembilan sen kepada 41.5 sen dan Top Glove naik tiga sen kepada 98 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 34.89 mata kepada 12,121.57, Indeks FBMT 100 naik 32.10 mata kepada 11,729.27 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 24.58 mata kepada 12,309.13.

Indeks FBM 70 melonjak 93.42 mata kepada 17,053.79 manakala Indeks FBM ACE naik 47.57 mata kepada 5,214.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.23 mata kepada 17,567.00, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.31 mata kepada 192.58, Indeks Perladangan menambah 7.90 mata kepada 7,432.33 dan Indeks Tenaga merosot 4.55 mata kepada 980.61.

– Bernama

TAG: Bursa Malaysia, tengah hari, FBM KLCI, IHP

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.750
FBMACE 5735.660
FBMEMAS 12382.660
FBMKLCI 1608.950
FBMSHA 12753.840
GENM 2.560
GENTING 4.700
PBBANK 4.060

Comments

Login to comment.