Kurang penyertaan musim perayaan, Bursa Malaysia buka rendah

BeritaHarian Fri, Apr 12, 2024 10:49am - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan peserta dalam pasaran yang bercuti panjang sempena Aidilfitri, kata penganalisis.

Pada 9.18 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 3.56 mata kepada 1,549.95 daripada 1,553.51 di akhir dagangan Selasa lepas.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Aidilfitri.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.58 mata kepada 1,554.09 pada pagi ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 249 berbanding 237 manakala 369 kaunter lain tidak berubah, 1,488 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 365.68 juta unit bernilai RM201.25 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI tempatan turun ke paras di bawah 1,555 selepas menguji paras tertinggi tahun ini pada Selasa lepas.

"Kami percaya ini mungkin ada kaitan dengan tempoh hari dagangan yang singkat berikutan cuti Aidilfitri. Pada hari ini misalnya, kami turut menjangkakan beberapa aktiviti memburu saham-saham berharga rendah dan menyaksikan indeks bergerak dalam julat 1,550-1,560," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, Wall Street turut meningkat semula, didorong oleh Indeks Harga Pengeluar yang rendah berbanding jangkaan pada Mac.

"Walaupun Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) tidak berubah atau mendatar, Nasdaq sebaliknya melonjak 272 mata dan mencecah satu lagi rekod tertinggi apabila hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima bulan iaitu pada 5.584 peratus," katanya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM9.63 dan RM4.19, CIMB Group susut 9.0 kepada RM6.48, Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM11.64 dan Petronas Chemicals berkurangan 3.0 sen kepada RM6.74.

Bagi saham aktif, Harvest Miracle Capital meningkat 1.5 sen kepada 13 sen, Iconic Worldwide naik 0.5 sen kepada 10.5 sen, SBH Marine Holdings meraih 2.0 sen kepada 30 sen, RGB International menokok 1.0 sen kepada 37 sen manakala Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 1.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 22.80 mata kepada 11,678.30, Indeks FBMT 100 turun 24.40 mata kepada 11,311.00, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 11.30 mata kepada 11,853.80 dan Indeks FBM 70 kehilangan 28.80 mata kepada 16,336.90.

Selain itu, Indeks FBM ACE naik 17.25 mata kepada 5,028.41.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 52.10 mata kepada 17,191.30, Indeks Tenaga susut 2.16 mata kepada 968.73, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.15 mata kepada 183.96 dan Indeks Perladangan naik 2.20 mata kepada 7,481.02.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu dan Khamis bersempena cuti umum Aidilfitri.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
FBMACE 5134.550
FBMEMAS 11970.110
FBMKLCI 1589.590
FBMSHA 12193.300
HM 0.110
HM-PA 0.035
HM-WB 0.005
HONGSENG 0.015
HONGSENG-PA 1.740
HONGSENG-WA 1.180
HONGSENG-WB 0.005
ICONIC 0.105
PBBANK 4.120
RGB 0.395
SBH 0.255
TENAGA 12.320

Comments

Login to comment.