Bursa Malaysia meningkat tiga hari berturut-turut

BeritaHarian Mon, Mar 11, 2024 08:03pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut hari ini disokong oleh belian berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.85 mata kepada 1,544.71 daripada paras penutup 1,539.86 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 2.15 mata kepada1,542.01, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,540.77 dan1,547.48 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 518 berbanding 460, manakala 468 kaunter tidak berubah, 813 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.64 bilion unit bernilai RM2.71 bilion daripada 3.03 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup tinggi dengan belian kukuh dalam saham berkaitan perjudian, telekomunikasi dan komoditi manakala indeks utama serantau diniagakan kebanyakannya rendah berikutan petunjuk negatif daripada Wall Street pada Jumaat minggu lalu.

"Pelabur berhati-hati dengan data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan memberi kesan kepada prospek kadar faedah.

"Sementara itu, saham China dan Hong Kong ditutup tinggi berikutan berita bahawa China semakin menjarak daripada deflasi, menandakan peralihan penting dalam senario ekonomi negara itu," katanya kepada Bernama.

Menurut Thong, pelabur kini sedang giat menilai peluang pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

"Walaupun terdapat petanda positif dalam sentimen pasaran tempatan, kami masih berhati-hati dengan turun naik pasaran dalam tempoh terdekat ini.

"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak tidak berubah dengan kecenderungan menaik dalam jajaran 1,530 hingga 1,550 bagi minggu ini, dengan kadar rintangan serta-merta pada 1,560 dan paras sokongan pada 1,520," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 7.0 sen kepada RM9.82, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.30, CIMB menokok 2.0 sen kepada RM6.67, Petronas Chemicals menambah 9.0 sen kepada RM6.90, manakala Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM11.24.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng meningkat 1.0 sen kepada 2.0 sen, TWL Holdings dan Pegasus tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan setengah sen, manakala Minetech Resources turun 1.0 sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 30.24 mata kepada 11,453.38, Indeks FBMT 100 meningkat 32.46 mata kepada 11,120.51, Indeks FBM Emas Shariah menokok 26.69 mata kepada 11,450.67, Indeks FBM 70 melonjak 34.91 mata kepada 15,438.29 dan Indeks FBM ACE menambah 9.59 mata kepada 4,698.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.91 mata kepada 17,404.65, Indeks Perladangan naik 13.39 mata kepada 7,302.94, Indeks Tenaga susut 8.96 mata kepada 894.61, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.25 mata kepada 175.41.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkembang kepada 2.35 bilion unit bernilai RM2.45 bilion daripada 1.80 bilion unit bernilai RM2.31 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 728.69 juta unit bernilai RM100.23 juta daripada 798.79 juta unit bernilai RM115.89 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 541.56 juta saham bernilai RM164.55 juta daripada 429.91 juta saham bernilai RM128.38 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 279.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (420.63 juta); pembinaan (110.64 juta); teknologi (530.88 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (193.27 juta); hartanah (431.34 juta); perladangan (37.15 juta); REITs (15.36 juta), dana tertutup (178,700); tenaga (157.86 juta); penjagaan kesihatan (43.23 juta); telekomunikasi dan media (26.54 juta); pengangkutan dan logistik (27.67 juta); dan utiliti (76.16 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMACE 5092.010
FBMEMAS 11901.020
FBMKLCI 1582.660
FBMSHA 12084.480
MINETEC 0.150
PBBANK 4.160
TENAGA 11.920
TWL 0.030
TWL-LA 0.020
TWL-WD 0.005
TWL-WE 0.010

Comments

Login to comment.