Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

BeritaHarian Mon, Aug 21, 2023 07:03pm - 8 months View Original


KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada Isnin dengan pembelian terutamanya dalam saham-saham berkaitan komoditi dan tenaga, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks utama meningkat 4.48 mata kepada 1,450.57 daripada 1,446.09 sewaktu ditutup pada Jumaat selepas dibuka meningkat 0.60 mata kepada 1,446.69.

FBM KLCI bergerak antara 1,445.10 dan 1,451.68 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 498 berbanding 446 manakala 415 kaunter tidak berubah, 997 tidak diniagakan dan 26 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.31 bilion unit bernilai RM2.24 bilion daripada 3.19 bilion unit bernilai RM2.12 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka prospek pasaran ekuiti tempatan akan kekal positif berikutan sokongan yang berterusan daripada dana asing di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh dunia.

"Bagaimanapun, kami menasihatkan pelabur untuk kekal berhati-hati dengan ketidakstabilan pasaran yang meningkat dan ketidaktentuan luaran. Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI dalam julat antara 1,440-1,460 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,460 dan paras sokongan pada 1,440," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata peserta pasaran akan turut memantau perkembangan di China berikutan People's Bank of China merendahkan satu daripada kadar faedah utamanya untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

Bank pusat China merendahkan kadar utama pinjaman satu tahun kepada 3.45 peratus berbanding 3.55 peratus. Bagaimanapun, langkah ini disifatkan mengecewakan kerana pasaran meramalkan pengurangan kadar yang lebih besar.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank meraih satu sen kepada RM4.14, CIMB menokok lima sen kepada RM5.60, TNB meningkat 19 sen kepada RM10.14, Petronas Chemicals naik 10 sen kepada RM6.90, Maybank menyusut satu sen kepada RM8.99, manakala IHH Healthcare dan CelcomDigi masing-masing merosot empat sen kepada RM5.96 dan RM4.34.

Bagi saham aktif, Parkson menokok 4.5 sen kepada 34 sen, Aimflex dan Classita masing-masing meningkat setengah sen kepada 22 sen dan 7.5 sen, manakala Hong Seng tidak berubah pada enam sen dan Ingenieur berkurangan satu sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.25 mata kepada 10,683.81, Indeks FBMT 100 naik 21.79 mata kepada 10,369.32, Indeks FBM Emas Syariah menokok 27.44 mata kepada 10,900.95,Indeks FBM 70 susut 13.59 mata kepada 14,085.93 dan Indeks FBM ACE naik 26.76 mata kepada 5,290.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 13.36 mata kepada 16,267.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.80 mata kepada 169.07, Indeks Perladangan naik 24.22 mata kepada 7,020.02 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.73 mata kepada 814.53.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.34 bilion unit bernilai RM2.0 bilion berbanding 2.30 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 400.55 juta unit bernilai RM59.88 juta daripada 359.69 juta unit bernilai RM48.86 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 527.89 juta saham bernilai RM179.13 juta daripada 524.22 juta saham bernilai RM182.18 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 439.72 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (635.80 juta); pembinaan (147.37 juta); teknologi (220.93 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (56.99 juta); hartanah (326.98 juta); perladangan (32.20 juta); REIT (11.99 juta); dana tertutup (192,800); tenaga (213.74 juta); penjagaan kesihatan (47.56 juta); telekomunikasi dan media (46.77 juta); pengangkutan dan logistik (63.21 juta); serta utiliti (13.04 juta). – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIMFLEX 0.155
BURSA 7.700
CDB 4.110
FBMACE 5140.910
FBMEMAS 12034.270
FBMKLCI 1597.390
IHH 6.300
PBBANK 4.200

Comments

Login to comment.