Bursa Malaysia akhiri kenaikan enam hari berturut-turut

BeritaHarian Fri, Jul 28, 2023 07:08pm - 9 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan enam hari berturut-turutnya hari ini apabila ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut sebanyak 0.92 mata kepada 1,450.35 daripada paras penutup 1,451.27 pada Khamis.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 3.06 mata kepada 1,448.21 pagi ini dan bergerak antara jajaran 1,446.46 dan 1,454.24 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 415, manakala 426 kaunter tidak berubah, 990 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.03 bilion unit bernilai RM1.93 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menjangka prospek kekal positif dalam tempoh terdekat dan sederhana berikutan penilaian menarik dan sokongan berterusan daripada dana asing.

"Susulan lantunan semula FBM KLCI pada 7 Julai 2023, ekuiti Malaysia mencatatkan belian asing bersih berjumlah RM1.3 bilion.

"Dana asing dijangka terus melakukan pembelian di rantau ini memandangkan penilaian menarik pasaran serantau dan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik.

"Oleh itu, pasaran tempatan dijangka mendapat manfaat daripada kesan limpahannya," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.14, Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM6.85, Maybank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM8.99 dan RM5.50, manakala Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM9.57.

Dalam kalangan kaunter cergas, KNM Group dan UEM Sunrise naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada sembilan sen dan 49 sen, AT Systematization tidak berubah pada satu sen, manakala Capital A susut setengah sen kepada 91 sen dan Hong Seng Consolidated jatuh satu sen kepada 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 susut 16.39 mata kepada 13,935.32, Indeks FBM Emas jatuh 8.45 mata kepada 10,652.93, Indeks FBMT 100 berkurangan 7.97 mata kepada 10,341.18, Indeks FBM Emas Shariah susut 24.26 mata kepada 10,905.20 dan Indeks FBM ACE turun 10.21 mata kepada 5,321.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.93 mata kepada 16,179.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.41 mata kepada 167.51, manakala Indeks Perladangan turun 55.44 mata kepada 7,150.11 dan Indeks Tenaga susut 3.99 mata kepada 832.70.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.07 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.70 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 373.88 juta unit bernilai RM60.81 juta berbanding 323.84 juta unit bernilai RM47.52 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 579.16 juta saham bernilai RM166.44 juta berbanding 697.60 juta saham bernilai RM226.42 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 419.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (349.09 juta); pembinaan (195.73 juta); teknologi (289.05 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (67.61 juta); hartanah (271.90 juta); perladangan (38.85 juta); REITs (9.45 juta), dana tertutup (21,000); tenaga (243.62 juta); penjagaan kesihatan (101.41 juta); telekomunikasi dan media (23.66 juta); pengangkutan dan logistik (23.40 juta); dan utiliti (36.86 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AT 0.180
BURSA 8.260
CAPITALA 0.865
FBMKLCI 1627.500
HONGSENG-PA 1.740
KNM 0.080
PBBANK 4.180
TENAGA 12.840
UEMS 1.250

Comments

Login to comment.