Thian Teck Siow's comment on BIPORT. All Comments

Thian Teck Siow
Like · Reply
KUALA LUMPUR: PETRONAS, melalui anak syarikatnya, PETRONAS LNG Ltd. (PLL), baru-baru ini berjaya menyempurnakan penghantaran pertama kargo gas asli cecair (LNG) kepada PetroVietnam Gas (PV Gas).

Penghantaran ini menandakan permulaan kerjasama antara PLL dan PV Gas, anak syarikat PETROVIETNAM (PVN), yang membuka jalan untuk kerjasama pada masa depan bagi menyokong keperluan keselamatan tenaga Vietnam dan pelan peralihan tenaga negara itu ke arah masa depan yang lebih mampan.

Kerjasama ini dibina atas asas Perjanjian Kerjasama (MoC) ditandatangani pada 8 November 2023 antara PETRONAS dan PVN, yang bertindak sebagai rangka kerja untuk memperkukuhkan kerjasama jangka panjang, dengan bekalan LNG sebagai salah satu fokus utama.

Kargo LNG itu dihantar dari Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak ke Terminal LNG Thi Vai di Provinsi Ba Ria-Vung Tau.
Show more