Our website is made possible by displaying non-intrusive online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling or pausing your ad blocker.
YOU CAN SEE, YTB ON THE RIGHT TRACK...........BANGI, 1 Nov -- Rangka kerja Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) diyakini mampu membantu mengukuhkan keupayaan Malaysia secara berperingkat dalam usaha pengkomersialan vaksin tempatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini seterusnya akan menyumbang kepada industri bioteknologi, pembangunan modal insan dan bioekonomi negara.
“Rangka Kerja PPVN terbahagi kepada enam bidang keutamaan iaitu tadbir urus, infrastruktur pembuatan vaksin, kajian klinikal, pembangunan modal insan dan perolehan teknologi, pembangunan vaksin serta komunikasi vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.