Operasi terjejas, Genting rugi RM366.7 juta

BeritaHarian Thu, Aug 26, 2021 08:23pm - 3 years View Original


KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih RM366.7 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021.

Kumpulan merekodkan pendapatan RM817.9 pada suku dikaji, lebih tujuh kali ganda berbanding suku kedua berakhir 30 Jun 2020, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pulih kepada RM45.6 juta.

Ini terutama disebabkan oleh impak buruk daripada pandemik COVID-19 ke atas perniagaan kumpulan pada suku kedua tahun lalu, yang menyebabkan penutupan sementara operasi resort miliknya di seluruh dunia.

Pada separuh pertama 2021, kumpulan melaporkan penurunan 30 peratus pendapatan kepada RM1.44 bilion, terutama disebabkan oleh gangguan ketara operasi di Malaysia serta United Kingdom (UK) sepanjang tempoh berkenaan disebabkan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, kerugian sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (LBITDA) berkurangan sebanyak 50 peratus kepada RM64.8 juta.

Dalam tempoh enam bulan pertama 2021, kumpulan merekodkan kerugian bersih RM868 juta.

Genting dalam kenyataannya berkata, kumpulan mengekalkan pendekatan berhati-hati terhadap prospek jangka terdekat industri percutian dan hospitaliti.

"Di Malaysia, pengumuman kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara akan memberi kesan besar kepada perniagaan kumpulan susulan penutupan sementara Resorts World Genting (RWG) sejak 1 Jun 2021.

"Walaupun kumpulan kekal fokus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membina platform lebih mantap bagi pertumbuhan dan keuntungan mampan jangka panjang, kami akan terus memantau rapi asas kos dalam pada mengharungi persekitaran operasi serta perniagaan mencabar," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

GENM 2.360
GENTING 4.160

Comments

ck sang
Like · Reply
harga saham Naik, luar biasa.

Login to comment.