Saham FGV susut selepas Felda umum penyusunan semula

BeritaHarian Tue, Jun 17, 2025 11:42am - 5 days View Original


Gambar fail. Wisma FGV, Jalan Raja Laut. NSTP/ASYRAF HAMZAH
Gambar fail. Wisma FGV, Jalan Raja Laut. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Saham FGV Holdings Bhd dibuka rendah dalam dagangan pagi ini susulan laporan terkini berhubung langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mengemukakan tawaran rasmi bagi penyusunan semula syarikat berkenaan.

Setakat jam 10.02 pagi, saham FGV susut satu sen kepada RM1.30 dengan jumlah dagangan sebanyak 64,300 saham.

Pada Isnin, Felda memaklumkan telah menyerahkan dokumen tawaran rasmi kepada pihak berkepentingan, dengan tarikh tutup tawaran ditetapkan pada jam 5 petang, Isnin, 7 Julai 2025, melainkan jika dilanjutkan.

Tawaran itu adalah sebahagian daripada langkah pengambilalihan sukarela tanpa syarat oleh Felda untuk membeli baki saham FGV pada harga RM1.30 sesaham.

Walaupun Felda dan anak syarikatnya, Felda Holdings Company Sdn Bhd, telah menguasai 82.34 peratus kepentingan dalam FGV, agensi itu menjelaskan bahawa pengaruh terhadap pengurusan syarikat kekal terhad kerana ia tidak menguasai barisan Lembaga Pengarah FGV.

Tawaran baharu yang diumumkan pada 26 Mei lalu turut memperlihatkan kesinambungan kepada usaha terdahulu Felda untuk menyusun semula FGV pada 2020 yang ketika itu tidak berjaya.

Pada 2020, Felda memulakan langkah pengambilalihan mandatori apabila meningkatkan pegangan dalam FGV daripada 33.66 peratus dengan membeli saham daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Urusharta Jamaah pada harga RM658 juta.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga penyenaraian RM4.55 sesaham, sekali gus berjaya mengumpul dana RM10.5 bilion, menjadikannya antara penyenaraian awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah pasaran modal tempatan.

Namun, harga saham FGV menyusut ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendorong kepada beberapa percubaan berulang untuk melaksanakan pelan penyusunan semula syarikat. - Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.000
FGV 1.300

Comments

mohd hafiz
Like · Reply
Adakah fgv akan delisted dari Bursa selepas Felda take over

Login to comment.