Pharmaniaga dapat lanjutan tiga bulan laksana pelan regularisasi

BeritaHarian Thu, May 22, 2025 09:06pm - 2 days View Original


Pharmaniaga Bhd - NSTP/AIZUDDIN SAAD
Pharmaniaga Bhd - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) hari ini memberikan lanjutan tiga bulan kepada Pharmaniaga Bhd sehingga 29 Ogos 2025 untuk melaksanakan Pelan Regularisasi.

"Lanjutan masa yang diberikan adalah tanpa prejudis terhadap hak Bursa Securities untuk meneruskan penggantungan dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga dan menyahsenarai syarikat itu sekiranya gagal melaksanakan Pelan Regularisasi dalam tempoh masa atau tempoh lanjutan yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, Bursa Securities akan menggantung dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga pada hari pasaran yang keenam selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan menyahsenarai syarikat itu, tertakluk kepada hak syarikat untuk merayu terhadap penyahsenaraian berkenaan," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.710
PHARMA 0.265

Comments

Login to comment.