DC Healthcare dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records
KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai rangkaian klinik estetik pertama yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dengan modal pasaran terbesar sebanyak RM214 juta yang menetapkan penanda aras baharu dalam industri.
Penyedia penjagaan kesihatan estetik dan kesejahteraan perubatan terkemuka yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum itu melancarkan kempen yang mencerminkan perjalanan inovasi dan komitmen berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan serta keselamatan pelanggan sempena ulang tahun kelapan penubuhannya.
Dengan keselamatan sebagai nilai teras, kumpulan terus menerajui industri dengan memastikan piawaian penjagaan tertinggi di semua klinik.
Komitmen ini mengukuhkan dedikasi terhadap keselamatan dan kepercayaan pelanggannya, kerana DC Healthcare terus mengembangkan perkhidmatan dan mendukung standard kecemerlangan perubatan tertinggi.
Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tze Sheng, berkata: "Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, yang menonjolkan penubuhan kami dalam sektor perubatan estetik. Semasa meraikan ulang tahun kelapan, kami memperbaharui komitmen untuk keselamatan dan kecemerlangan, memastikan penjagaan kesihatan estetik bukan sekadar perkhidmatan, tetapi keperluan untuk meningkatkan kesejahteraan."
DC Healthcare berterima kasih atas pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records, yang bukan sahaja meningkatkan keterlihatannya tetapi juga mengesahkan hala tuju strategik kumpulan.
Dengan menetapkan piawaian industri, ia menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan dan meluaskan kepimpinan pasarannya.
Pengiktirafan dan kempen ulang tahun adalah peristiwa penting dalam misinya untuk menjadikan penjagaan kesihatan estetik mudah diakses dan penting, mengubahnya daripada kemewahan kepada keperluan.
Visi ini disokong oleh komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada pasukan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan pemegang kepentingan.
The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.
Related Stocks
Comments