AirTrunk buka pusat data hiperskala 150MW di Johor

BeritaHarian Tue, Jul 30, 2024 03:07pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: Pakar pusat data hiperskala Asia Pasifik dan Jepun, AirTrunk memulakan operasi di Malaysia dengan pembukaan rasmi pusat data hiperskala 150 megawatt (MW) dikenali AirTrunk JHB1 (JHB1) di Johor Bahru.

Fasa permulaan JHB1 akan menyediakan lebih 50 MW kapasiti untuk pelanggan syarikat teknologi terkemuka.

Ketua AirTrunk Malaysia, Pei Jet Lim, pusat data baharu itu menyokong pertumbuhan rancak awan dan kecerdasan buatan (AI), dan ia sejajar dengan inisiatif kerajaan MADANI untuk membangunkan hab AI di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi komitmen jangka panjang untuk terus membabitkan diri dengan komuniti tempatan dalam membina ekosistem AI penuh di Malaysia.

"Permintaan jangka panjang dan boleh diramal daripada JHB1 juga menyediakan kestabilan bagi menyokong pelaburan dalam grid tenaga dan memulakan pelbagai pembangunan tenaga hijau," katanya dalam satu kenyataan.

JHB1 adalah sebahagian daripada platform pusat data Asia Pasifik dan Jepun terkemuka AirTrunk yang terdiri daripada 11 pusat yang menawarkan lebih daripada 1.4 gigawatt (GW) jumlah kapasiti untuk menyokong peningkatan permintaan daripada syarikat teknologi terkemuka global di rantau ini.

Meliputi kawasan melebihi 10.3 hektar, pusat data itu menawarkan sambungan domestik dan antarabangsa padu kepada hab teknologi serantau termasuk jiran Singapura dengan strategi sambungan rentas sempadan hujung ke hujung.

Kemudahan tercanggih baharu itu menampilkan reka bentuk sedia AI di samping menerajui teknologi penyejukan cecair terus ke cip dengan gabungan penyejukan penyejatan tidak langsung (IEC) tradisional serta rak berketumpatan tinggi.

Syarikat itu juga melancarkan pendekatan penyejukan cecair pada Julai 2024, selepas lima tahun penyelidikan dan pembangunan.

Dengan tumpuan untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan menyokong keberkesanan tenaga, AirTrunk telah bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menghubungkan JHB1.

Awal tahun ini, AirTrunk juga telah mengumumkan Perjanjian Pembelian Kuasa Maya tenaga boleh diperbaharui pertama untuk pusat data untuk 30MW tenaga boleh diperbaharui, bersama pemaju ib vogt, di bawah Program Tenaga Hijau Korporat Malaysia.

JHB1 juga dilengkapi dengan tenaga solar yang mampu menyediakan lebih 1MW kuasa untuk fasa itu, menjadikannya salah satu penempatan solar di tapak terbesar untuk pusat data di Asia Tenggara.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

TENAGA 13.480

Comments

TUANKU SHAHRUZZAMAN SHAHRUZZAMAN BAHARUDIN
Like · Reply
Ok ? NETRUELS UPLOUAD..

Login to comment.