AFFIN BANK diiktiraf di Asian Banking & Finance Wholesale Banking Awards 2024

HarianMetro Mon, Jul 29, 2024 04:11pm - 4 months View Original


Affin Bank Berhad sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan memenangi anugerah Malaysia Domestic Cash Management Bank of The Year untuk platform AFFINMAX di Asian Banking & Finance Wholesale Banking Awards 2024.

Majlis penganugerahan berprestij yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura, 4 Julai lalu mengukuhkan lagi reputasi Affin Bank sebagai peneraju dalam perkhidmatan perbankan borong.

AFFINMAX, platform perbankan internet korporat serba lengkap diiktiraf atas peranannya yang penting dalam perkhidmatan perbankan borong.

Platform ini menawarkan rangkaian penyelesaian yang luas termasuk Pengurusan Tunai, Pengurusan Kecairan, dan penyelesaian e-dagang seperti FX dan kiriman wang rentas sempadan.

Keunikan dan kepelbagaian ciri yang ditawarkan ini membezakan AFFINMAX daripada platform lain di pasaran.

Ini membolehkan Affin Bank memanfaatkan aliran pendapatan baru serta memenuhi keperluan pelanggan korporat dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang semakin berkembang.

AFFINMAX memanfaatkan teknologi canggih untuk menyediakan perkhidmatan unggul kepada pelanggannya.

Dalam pada itu, pelancaran AFFINMAX Mobile Application 2.0 pada 1 November 2023 memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti Modul Transaksi dan MyCashier yang berjaya menarik penggunaan secara meluas di semua platform seperti iOS, Android, dan Huawei.

Ini mencerminkan komitmen bank itu dalam menerajui inovasi teknologi dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah menyatakan anugerah yang dimenangi adalah bukti komitmen berterusan syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam menyediakan penyelesaian pengurusan tunai yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan.

"Ini selaras dengan visi kami untuk menjadi 'Syarikat Kewangan Yang Paling Kreatif and Inovatif di Malaysia', seperti yang dipandu oleh tiga teras pelan AFFIN Axelerate (AX28) kami; 'Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, 'Kepimpinan Digital' dan 'Perbankan Bertanggungjawab Dengan Impak'."

Pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut dan menggunakan AFFINMAX boleh melayari www.AffinAlways.com.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AFFIN 2.920

Comments

TUANKU SHAHRUZZAMAN SHAHRUZZAMAN BAHARUDIN
Like · Reply
GIVE FIRSYLY SERVICES BON EQUATEY ISRO

Login to comment.