Misi bimbing 200,000 usahawan

HarianMetro Sat, Jul 27, 2024 06:02am - 1 month View Original


BYOND Group Sdn Bhd (Byond), syarikat latihan dan konsultasi yang memfokus pembangunan perniagaan kecil di Malaysia menyasarkan untuk membimbing 200,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh tiga tahun.

Pengerusi Byond Group, Abdul Basit Abdur Rahim berkata, sejak 2015, melalui anak syarikat, Byond Success Sdn Bhd, kumpulan itu sudah membimbing lebih 100,000 usahawan dalam pengurusan perniagaan yang betul.

Katanya, kebanyakan cabaran atau isu yang dihadapi PMKS di negara ini adalah membabitkan pengurusan perniagaan dan pekerja terutama mereka yang baru menjadi usahawan.

"Kami membantu usahawan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) melalui latihan berbentuk kelas, program dan tunjuk ajar (mentoring) yang mana usahawan yang dibimbing bukan saja dari negara ini, malah ada yang dari Brunei dan Singapura.

"Pemilik syarikat akan dilengkapkan dengan lima kemahiran utama iaitu jualan, automasi, simpanan, perkembangan dan pelaburan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, usahawan yang dibimbing ini juga menyaksikan peningkatan dalam perkembangan syarikat mereka dan kira-kira 200 syarikat yang berada dalam 'golden circle' Byond mempunyai rizab tunai terkumpul bernilai RM198 juta.

Beliau berkata, sehingga ini, Byond Group memiliki 17 anak syarikat membabitkan pelbagai segmen termasuk hartanah, kesihatan serta perisian berkaitan perniagaan dan 120 orang kakitangan.

Sementara itu, Abdul Basit berkata, pihaknya juga berada di landasan tepat untuk menyenaraikan anak syarikatnya, Byond Tech Global Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dengan nilai RM300 juta, menjelang 2027.

"Syarikat ini memfokuskan kepada pembangunan perisian dan sistem, antaranya MySyarikat iaitu sistem komprehensif yang membantu dalam pengurusan perniagaan.

"Lebih 100,000 syarikat sudah menggunakan sistem ini sejak diperkenalkan pada 2019," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.090

Comments

swee ling
Like · Reply
If 9 years only bring up 100k entrepreneurs, how to achieve 200k in 3 years?

Login to comment.