Capital A rancang terus pemantauan rapat risiko geopolitik

HarianMetro Thu, May 02, 2024 06:10am - 2 weeks View Original


KETUA Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menjangka risiko geopolitik yang berterusan ketika ini tidak menjejaskan operasi serantau kumpulan itu pada 2024.

Beliau berkata, kumpulan itu mencatatkan pemulihan pascapandemik yang kukuh dengan kepelbagaian operasi merentas pelbagai pasaran.

Menurutnya, Capital A merancang meneruskan aliran itu namun akan terus memantau rapat risiko geopolitik.

"Walaupun pergolakan geopolitik global berterusan dan harga bahan api jet meningkat pada suku pertama, saya tetap berharap harga bahan api jet akan menurun menjelang akhir tahun.

"Saya juga optimis peralihan positif dalam dolar Amerika Syarikat berbanding mata wang utama Asean, yang, di samping jangkaan penurunan kadar faedah selanjutnya pada 2025, akan memberi rahmat kepada kami, memandangkan 70 peratus daripada kos kami adalah dalam denominasi dolar AS," katanya.

Tony Fernandes berkata, kelonggaran peraturan visa pelancong bagi pelancong dari China dan India memberi prospek yang baik bagi rangkaian di Asean.

"Faktor-faktor ini menandakan prospek positif bagi perniagaan kami dalam ekosistem yang diterajui penerbangan kami, terutamanya Capital A Aviation Services (CAAS), Teleport dan Move Digital, yang akan mendapat manfaat daripada momentum limpahan daripada perniagaan penerbangan," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CAPITALA 0.860

Comments

Login to comment.