Pahang cadang wujudkan zon industri di semua daerah

HarianMetro Sat, Apr 27, 2024 05:29pm - 8 months View Original


Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke Pahang sekaligus menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk SeriWan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan adanya lebih banyak kawasan industri, ia membolehkan bakal pelabur dapat membuat lebih banyak pilihan.

"Kita telah berjumpa dengan pelabur-pelabur di Cina dan kita dah maklumkan kepada mereka di Pahang ini kita ada 11 daerah dan kita akan wujudkan zon industri di semua daerah.

"Bermakna mereka boleh membuat pilihan tempat untuk melabur. Tidak semestinya di kawasan perindustrian diKuantan sahaja," katanya selepas Majlis Perasmian Moh Karnival Makmur 2024 Daerah Bera di Laman Kerayong, Bera, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang,Datuk Sabariah Saidan dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Beliau berkata infrastruktur di negeri ini dalam proses dinaiktaraf dan dijangka selesai menjelang 2027.

"Kita juga telah memaklumkan kepada para pelabur bahawa infrastruktur di negeri kita akan bertambah baik menjelang awal tahun 2027 apabila Malaysia Rail Link (MRL) siap sepenuhnya.

"Pelabuhan Kuantan akan dikembangkan dan ia akan memudahkan penghantaran produk-produk eksport dan juga import," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

RADIAH HANIM BINTI ISMAYATIM -
Like · Reply

Login to comment.