Chin Hin Group majukan dua tanah dengan nilai pembangunan RM1.08 bilion

BeritaHarian Wed, Apr 24, 2024 08:37pm - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat Chin Hin Group Property Bhd (CHGP), Chin Hin Property (Segambut) Sdn Bhd telah memeterai perjanjian dengan New York Empire Sdn Bhd dan Kar Sin Bhd untuk membangunkan tanah pegangan bebas di Segambut, Kuala Lumpur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM685.1 juta.

Syarikat pembangunan hartanah itu melalui satu kenyataan hari ini berkata, tanah yang berkeluasan kira-kira 2.62 hektar itu telah diperuntukkan untuk projek pembangunan kediaman atau bercampur, mencerminkan visi CHGP terhadap penyelesaian kehidupan bandar yang inovatif.

"Di bawah perjanjian berkenaan, CHGP diamanahkan dengan hak komprehensif untuk mereka bentuk, membangun, membina serta memasarkan projek itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, anak syarikat syarikat itu, BKHS Capital Sdn Bhd telah memeterai perjanjian dengan Archmill Sdn Bhd dan Suasa Sentosa Sdn Bhd bagi membangunkan petak tanah pegangan bebas di Dutamas, Kuala Lumpur dengan anggaran GDV berjumlah RM395.51 juta.

"Tanah itu, berkeluasan kira-kira 1.08 hektar, memberikan peluang menarik kepada CHGP untuk memperkenalkan konsep kediaman atau penggunaan campuran yang inovatif yang disesuaikan bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.

"Sama seperti projek Segambut, CHGP akan diberikan hak komprehensif untuk menerajui reka bentuk, usaha pembangunan serta pemasaran, memastikan pendekatan holistik untuk pelaksanaan projek," tambahnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CHGP 3.020

Comments

Login to comment.