Fajarbaru raih projek Terminal 1 KLIA RM13.33 juta

BeritaHarian Fri, Apr 19, 2024 10:35pm - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Group Bhd memperoleh kontrak RM13.33 juta daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk projek menambah baik dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Susulan itu, anak syarikat milik penuh Fajarbaru, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB), pada 19 April 2024 telah menerima Surat Anugerah daripada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd untuk kontrak itu, yang mana membabitkan penambahbaikan dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran, berserta dengan kerja-kerja lain yang berkaitan, di Bangunan Satelit Sedia Ada, Terminal 1 KLIA.

Kontrak itu akan bermula pada 22 April 2024 dan dijadualkan siap pada 21 Mac 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Fajarbaru telah dianugerahkan kontrak daripada Malaysia Airports, salah satu kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia

"Pemerolehan kontrak ini menunjukkan kepakaran dan kredibiliti kami dalam industri pembinaan, dan mengesahkan kedudukan kami sebagai rakan yang dipercayai dalam projek infrastruktur utama.

"Kontrak ini juga menandakan lanjutan hubungan kerja yang cemerlang kami dengan Malaysia Airports, yang telah menghasilkan kerjasama dalam projek pembinaan dan infrastruktur penting sejak bertahun-tahun lalu.

"Kami berterima kasih kepada Malaysia Airports atas kepercayaan mereka terhadap keupayaan kami dan mengharapkan perkongsian yang berjaya," katanya dalam satu kenyataan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIRPORT 10.280
FAJAR 0.350

Comments

Login to comment.