IGB REIT catat untung bersih lebih besar RM99.61 juta

BeritaHarian Wed, Apr 17, 2024 09:56pm - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2024 melonjak 3.5 peratus dari tahun ke tahun kepada RM99.61 juta berbanding RM96.22 juta yang direkodkan pada suku pertama 2023.

Hasil meningkat 5.1 peratus kepada RM162.56 juta daripada RM154.61 juta sebelumnya.

IGB REIT dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini mengaitkan perolehan yang lebih tinggi, pendapatan hartanah bersih dan keuntungan selepas cukai kepada pendapatan sewa yang agak baik pada suku semasa.

Pendapatan hartanah bersih mencapai paras RM124.2 juta, menokok 4.8 peratus dari tahun ke tahun berbanding RM118.6 juta yang disaksikan pada suku pertama 2023.

Bagaimanapun, IGB REIT kekal berhati-hati mengenai pertumbuhan jualan runcit, yang akan menjejaskan prestasi penyewa di pusat membeli-belah serta prestasi kewangannya sendiri.

"Cabaran utama bagi industri runcit Malaysia ialah kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk tekanan inflasi yang telah menjejaskan perbelanjaan pengguna selain kenaikan dalam kos operasi, susut nilai ringgit berbanding mata wang asing utama yang telah memberi kesan kepada jualan runcit," katanya.

Namun begitu, IGB REIT tetap komited untuk membawa nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingannya

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.900
IGBB 2.490
IGBREIT 1.820

Comments

Login to comment.