Pemegang saham SCIB lulus dua cadangan dalam EGM 

BeritaHarian Wed, Mar 27, 2024 08:01pm - 1 month View Original


KUCHING: Syarikat sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan bahawa pemegang saham syarikat telah meluluskan dua cadangan penting semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan baru-baru ini.

Cadangan itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan rangka kerja kewangan syarikat dan menyokong operasi yang semakin berkembang melalui pengekalan bakat strategik. 

Cadangan pertama membabitkan permodalan agregat RM11.3 juta yang terhutang kepada Goh Hardware & Construction Sdn. Bhd. (Goh Hardware) oleh SCIB Properties Sdn Bhd (SCIB Properties), anak syarikat milik penuh SCIB.

Ini dilaksanakan melalui terbitan kira-kira 18.5 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM0.611, jauh melebihi harga pasaran semasa 31 sen.

Langkah ini dijangka meningkatkan kesihatan kewangan syarikat dan ketangkasan operasi, mencerminkan pengurusan kewangan berhemat dan pandangan jauh strategik syarikat. 

Di samping itu, pemegang saham menunjukkan sokongan padu terhadap cadangan penubuhan dan pelaksanaan Pelan Insentif Jangka Panjang (LTIP) yang meliputi sehingga 15 peratus daripada jumlah bilangan saham terbitan pada bila-bila masa sepanjang tempoh LTIP.

LTIP direka bentuk untuk mengekalkan dan memotivasikan pengarah dan pekerja SCIB yang layak, penting bagi syarikat ketika ia mengharungi fasa pengembangan pesat.

Pengarah Urusan SCIB, Ku Chong Hong berkata, pihaknya amat menghargai sokongan pemegang saham terhadap inisiatif strategik yang menekankan komitmen terhadap kestabilan kewangan dan pengekalan bakat.

"Permodalan sebanyak RM11.3 juta hutang ke dalam SCIB Properties mencerminkan pendekatan proaktif kami untuk meningkatkan kesihatan kewangan dan nilai pemegang saham. Tambahan pula, penubuhan Pelan Insentif Jangka Panjang adalah bukti dedikasi kami untuk memupuk budaya berprestasi tinggi, yang penting untuk operasi kami yang berkembang pesat. Langkah-langkah ini, yang penting dalam strategi pertumbuhan kami, bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan pekerja dan pengarah kami dengan kepentingan pemegang saham kami, memastikan kejayaan dan daya tahan SCIB yang berterusan dalam menghadapi dinamik pasaran yang berkembang," katanya di sini hari ini. 

Resolusi ini menandakan peristiwa penting bagi SCIB, menetapkan asas yang kukuh bagi syarikat untuk memajukan objektif perniagaannya dan menyampaikan nilai yang dipertingkatkan kepada pihak berkepentingan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SCIB 0.265

Comments

Login to comment.