Pecca Aviation, Global Component Asia bentuk pakatan strategik

BeritaHarian Thu, Feb 22, 2024 07:19pm - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Pecca Aviation Services Sdn Bhd (Pecca Aviation), anak syarikat milik penuh Pecca Group Bhd memeterai perjanjian agensi dan pengedaran dengan Global Component Asia Sdn Bhd (GCA) bagi memulakan perkongsian strategik yang akan meningkatkan standard penyenggaraan, pembaikan dan operasi dalaman pesawat dalam pasaran utama global.

Perjanjian itu terbentuk susulan daripada Pecca Aviation dan memorandum persefahaman (MOU) GCA yang ditandatangani pada Mei 2023, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk membabitkan diri dalam usaha pemasaran bersama untuk mempromosikan penyelesaian sarung tempat duduk pesawat keluaran Pecca bagi pasaran awam dan pertahanan global.

Bagi menandakan perkembangan penting itu, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Pertunjukan Udara Singapura 2024, dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar, dengan Ketua Pegawai Eksekutif National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), Prof Ts Shamsul Kamar Abu Samah.

Perkongsian itu menyaksikan Pecca Aviation menyediakan penyelesaian dalaman pesawat kepada senarai pelanggan penerbangan terkemuka GCA yang termasuk syarikat penerbangan yang berada dalam industri penyenggaraan, pembaikan dan operasi.

Pada masa sama, Pecca Aviation dan GCA akan bekerjasama untuk melayani permintaan pasaran utama termasuk Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia.

Pengarah Eksekutif Pecca Group, Teoh Zi Yi, berkata pihaknya sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan GCA dalam mempercepatkan pengembangan global Pecca Aviation.

"Komitmen bersama kami terhadap inovasi dan kualiti akan membolehkan kami memberikan hasil yang luar biasa untuk peserta penerbangan di seluruh Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi GCA, Datuk Nonee Ashirin, berkata kerjasama dengan Pecca Aviation adalah satu langkah penting ke hadapan dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian penerbangan peringkat teratas.

Beliau berkata, dengan rekod prestasi dan kepakaran mereka yang terbukti dalam industri, pihaknya yakin secara bersama akan menetapkan piawaian baharu untuk kecemerlangan dalaman pesawat.

Sementara Shamsul Kamar berkata, majlis itu menandakan detik penting bagi industri aeroangkasa dalam mengukuhkan perkongsian dan memacu ke arah objektif yang digariskan dalam Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Katanya, peristiwa penting itu bukan saja menandakan satu lonjakan yang ketara bagi industri aeroangkasa Malaysia tetapi juga melambangkan era baharu kerjasama, inovasi dan kemakmuran.

Dengan menyasarkan wilayah ini secara strategik, GCA dan Pecca Aviation menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian dalaman penerbangan yang komprehensif kepada pelbagai pelanggan, meningkatkan pengalaman penerbangan keseluruhan untuk penumpang dan mengoptimumkan kecekapan operasi untuk pengendali penerbangan.

Tersenarai di Bursa Malaysia, Pecca Group Bhd terbabit dalam industri upholsteri selama lebih 25 tahun dan ia adalah pusat sehenti: penggayaan, pembuatan, pengedaran dan pemasangan upholsteri untuk sarung tempat duduk dan produk dalaman untuk pangkalan pelanggan global termasuk Toyota dan Nissan.

Di Malaysia, Pecca ialah pembekal upholsteri kulit terbesar dalam pasaran automotif.

Pecca juga adalah satu-satunya syarikat di Asia Tenggara yang telah mencapai pensijilan Kelulusan Organisasi Pengeluaran (POA) C2 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.550
PECCA 1.430

Comments

Login to comment.