Perluas edaran Eskayvie

HarianMetro Tue, Feb 13, 2024 06:00am - 2 months View Original


Kuala Lumpur: Syarikat peneraju dalam produk kesihatan halal, makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti tinggi Eskayvie, mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, pihaknya ingin terus berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.

"Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.

"Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.

"Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekali gus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.

"Kami komited untuk melahirkan dan melatih 5000 usahawan baru di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya selaku formulator produk Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran Eskayvie.

"Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

"Antaranya adalah Eskayvie Mindtropic. Produk ini memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas.

"Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

EDARAN 1.190

Comments

Login to comment.