KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd dalam usaha mencapai 81 cawangan di seluruh negara menjelang suku kedua 2024 dalam usaha pengembangan rangkaiannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kellee Kam, berkata Alliance Bank berkata ketika ini bank itu mempunyai 79 cawangan di seluruh negara, justeru, seiring dengan cita-cita pengembangannya dan pembaharuan jenamanya bank itu kini mempunyai slogan iklan baharu iaitu 'The Bank for Life'.
"Slogan itu menggariskan dedikasi bank yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan penyelesaian yang berbeza dan perkhidmatan pelanggan berdasarkan kebolehpercayaan, integriti dan bersifat peribadi.
"Ia juga merangkumi komitmen baharu bank untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya dengan mengutamakan kepentingan terbaik mereka dan berkhidmat sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai pada setiap laluan kewangan mereka sepanjang hayat mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Penjenamaan semula strategik itu melengkapkan strategi 'Acceler8' bank, yang diperkenalkan awal tahun ini untuk memacu bank ke arah prestasi kewangan dan bukan kewangan yang teguh.
Kam menekankan bahawa matlamat Alliance Bank untuk menjadi rakan kongsi perbankan sepanjang hayat untuk semua pelanggan, menyokong mereka pada setiap fasa kehidupan dan membantu merealisasikan aspirasi mereka.
'The Bank for Life' merangkumi matlamat, misi dan tujuan Alliance Bank, menyokong cita-cita pertumbuhan bank dengan meletakkan dirinya berbeza dalam pasaran.
Penjenamaan yang diperbaharui itu berfungsi sebagai kompas, membimbing pendekatan pelbagai pihak bank dengan menentukan cara nilai dicipta untuk pelanggan, perniagaan, pekerja, pemegang saham dan komuniti.
Sejajar dengan itu, Alliance Bank melancarkan laman web baharu dengan reka bentuk gaya terkini, minimalis dan lancar, memberikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan.
Laman web yang diperbaharui itu menyelaraskan akses kepada pelbagai penyelesaian, termasuk kad kredit, pinjaman dan pilihan pembiayaan, semuanya tersedia dengan mudah dari halaman utama.
Pelanggan kekal menerima makluman tentang inisiatif bank, pengumuman dan promosi terkini dengan sekali imbas.
"Pendekatan kami terus berfungsi sebagai titik fokus penting, membolehkan kami terbabit secara proaktif dan memupuk hubungan bermakna dengan komuniti untuk lebih memahami keperluan mereka," kata Kam.
-BERNAMA